Tanpa 5 Makanan Ini, Tak Lengkap Sambutan Hari Deepavali! – Manis Madu
5 Makanan Sambutan Hari Deepavali

Tanpa 5 Makanan Ini, Tak Lengkap Sambutan Hari Deepavali!

Kalau korang tanya Madu apa benda paling menarik setiap kali ada perayaan? Madu akan cakap makanan! Tak kiralah Hari Raya Aidifitri, Tahun Baru Cina, dan perayaan yang dah nak dekat pada 14 November ini iaitu sambutan Deepavali!

 

Pelbagai makanan yang akan disediakan untuk memeriahkan lagi sambutan ini. Maduners pun tahu kan, makanan masyarakat India memang sedap-sedap belaka!

#1 Tosai

tosai

Ish, siapa tak pernah makan tosai memang pelik lah! Tosai ini antara makanan masyarakat India yang terkenal di Malaysia. Paling mudah nak cuba adalah dekat kedai mamak, tapi kalau Maduners rapat dan ada kawan berbangsa India boleh tanya nak cuba tosai di rumah mereka sebab masak ibu kita paling sedap!

 

Haa, Maduners jangan cakap tak tahu pula, tosai menjadi menu utama ketika hari Deepavali dan lazimnya enak dimakan bersama kuah ‘sandhini’. Di dalam tosai, terdapat inti kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup.

#2 Idli

breakfast-idli-768

Idli merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India ketika perayaan Deepavali.

 

Ia mempunyai pelbagai jenis seperti sanna, rave atau sambar idli. Idli kebiasaannya dimakan bersama ‘sandhini’ atau kari ayam, kari dhal dan lain-lain. Bahan utama untuk menghasilkan idli adalah vigna mungo dan juga nasi. Jangan risau, vigna mungo itu adalah sejenis kekacang.

#3 Murukku

murukku

Sumber Gambar: www.cookclickndevour.com

Rasanya kalau cakap pasal Murukku merupakan identiti kaum India dan ia bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat India tetapi memang kegemaran semua kaum lain yang berada di Malaysia senang cerita!

 

Nama lain bagi murukku ialah chakli atau chakri. Bahan utama untuk menghasilkan murukku adalah urad dhal, tepung kacang tosai dan tepung beras. Rasanya yang lemak dan rangup diiringi rasa rempah ratus yang sedikit pedas semestinya sedap dimakan bersama seisi keluarga.

#4 Jalebi

fresh-jalebi-768

Jalebi merupakan manisan dan kudapan masyarakat India. Bentuk jalebi seolah olah sama seperti murukku namun rasanya manis kerana setelah siap dimasak, jalebi akan disiram dengan sirap gula yang pekat.

#5 Laddoo

Kalau Maduners tengok filem Bollywood kan, mesti familiar dengan laddoo ini kan? Laddoo ini merupakan manisan tradisional India yang terkenal.

laddu

Ia selalu dibuat ketika adanya perayaan penting seperti menyambut Deepavali, majlis-majlis penting seperti pertunangan atau perkahwinan dan majlis keagamaan.

 

Laddoo diperbuat daripada tepung, minyak sapi atau mentega dan gula yang mana juga dicampurkan dengan kekacang dan kismis kering.

 

Tahun ini sambutan Deepavali mungkin kena sambut dengan bersederhana, jadi minta kawan Maduners berbangsa India untuk hantar sedikit manisan laddoo ke rumah dan jangan lupa ucapkan Selamat Deepavali kepada rakan Maduners yang berbangsa India!

Post a Comment