Tasha Shila Bakal Bergelar Mummy, Kandungan Berusia 5 Bulan – Manis Madu
Tasha Shila Bakal Bergelar Mummy

Tasha Shila Bakal Bergelar Mummy, Kandungan Berusia 5 Bulan

Bukan rahsia lagi apabila Tasha Shila mulai berkongsi berita gembira tentang kehamilannya yang kini mencecah usia lima bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak, 33, membuat perkongsian tersebut menerusi laman Instagramnya.

 

“Syukur alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,” tulis Tasha.

 

Tasha yang terkenal dengan drama terbaru lakonannya Kau Yang Pertama itu turut memohon agar orang ramai mendoakan dirinya dan baby di dalam kandungan sihat dan baik.

 

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, Insya-ALLAH”.

 

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga”.

 

“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Tahniah Tasha dan Atiq! Semoga dapat baby yang comel-comel dan sihat!

Post a Comment