Telangkupkan Periuk Tip Elak Nasi Cepat Basi? Cuba Dulu Baru Tahu!
0 comments
Telangkupkan periuk atas dapur rupanya petua orang dulu-dulu untuk elak nasi cepat basi.
Memetik laporan, ramai yang dah cuba memang berkesan dan menjadi petua ini. Bukan apa, sayang nasi yang dimasak tapi mudah basi akhirnya buang begitu sahaja.
Video di akaun media sosial TikTok @hajaribrahim110 ada kongsikan tip dan caranya.
@hajaribrahim110 nasi cepat basi ? boleh cuba tips ni. moga bermanfaat. #tipsDapur #ayaqtanganhajaribrahim ♬ Lanjut – SAYA ARTIS
- Cuci periuk nasi dengan bersih.
- Selepas dicuci telangkupkan atas dapur dan hidupkan api perlahan.
- Biarkan dalam anggaran lebih kurang 5 minit atau sehingga air kering.
Siap! Boleh terus masak nasi macam biasa. Dengan cara ini dikatakan memang berkesan nasi boleh tahan lama dua hari dan tak basi.
Jika takut terlupa letak atas dapur, boleh juga jemur periuk nasi di tempat panas seketika.