Tempat Viral Baru? Siap Ada Fries McDonald’s Gergasi! – Manis Madu
Tempat Viral Baru_ Siap Ada Fries McDonald’s Gergasi!

Tempat Viral Baru? Siap Ada Fries McDonald’s Gergasi!

McDonald’s Malaysia mengambil inisiatif ke arah menjadikan Kuala Lumpur bandar raya sejahtera menjelang 2030 dengan menampilkan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s di persimpangan utama lintasan pejalan kaki Bukit Bintang.

 

Lintasan pejalan kaki di hadapan restoran McDonald’s Bukit Bintang iaitu restoran yang pertama dibuka di Malaysia sejak 40 tahun lepas, diilhamkan daripada fries atau kentang goreng yang menjadi menu utama pelanggan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by McDonald’s (@mcdonaldsmalaysia)

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata inisiatif itu merupakan tanda sokongan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam meningkatkan pelan pembangunan fizikal, perkhidmatan dan sosioekonomi di ibu kota.

 

“Dengan pengumuman pembukaan sempadan negara kepada pengunjung dari luar negara tidak lama lagi, kami yakin ‘McDonald’s Fries Crossing’ ini akan menjadi nilai tambah kepada keindahan Kuala Lumpur dan lokasi wajib bagi golongan muda terutama untuk menambah koleksi ‘posting’ di media sosial mereka.

 

“Diharap inisiatif ini dapat melonjakkan lagi nama Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi wajib bagi pengunjung ke Kuala Lumpur,” katanya dalam ucapan ketika majlis perasmian Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s di sini semalam.

 

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan turut dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Post a Comment