Tenang Dapat Tidur Dengan Bantuan Scented Candle, Tapi Dapat Merencatkan Kesuburan Wanita? – Manis Madu
Tenang-Dapat-Tidur-Dengan-Bantuan-Scented-Candle

Tenang Dapat Tidur Dengan Bantuan Scented Candle, Tapi Dapat Merencatkan Kesuburan Wanita?

Rata-rata yang Madu lihat sekarang, penggunaan scented candle atau lilin wangi sebagai hiasan bilik makin ramai yang guna. Iyalah, selain wangi, ia dapat menghidupkan mood atau suasana romantik di sekitar bilik. Memang feeling betul!

purple-scented-candle

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu Maduners tahu berkaitan lilin wangi ini terhadap kesihatan diri kita.

 

Untuk maklumat korang, lilin biasa atau lilin wangi diperbuat daripada lilin parafin yang dihasilkan daripada sumber petroleum.

 

Pada tahun 2009, terdapat satu kajian yang mendakwa bahawa pembakaran lilin parafin ini akan menyebabkan pembebasan bahan kimia berbahaya seperti toluena. Uish, betul ke ni?

 

Sehingga saat ini, kajian tersebut tidak pernah diterbitkan dan ia telah dipertikaikan oleh National Candle Association dan European Candle Association yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Minimalistic-interior-with-iMac-and-Diptyque-scented-candles

Menurut European Candle Association, kajian tersebut tidak menyediakan sebarang data untuk diulas dan kesimpulan berkenaan bahaya lilin hanya dakwaan yang tidak berasas. Haa, dakwaan tidak berasas jerr okay!

 

Tapi apa pula kaitan penggunaan lilin wangi dengan tahap kesuburan seseorang?

 

Antara bahan kimia lain yang terdapat dalam lilin wangi yang dikatakan dapat merencatkan kesuburan wanita adalah phthalates. Produk yang menggunapakai istilah fragrance pada label bererti mengandung pewangi sintatik dari phthalates.

 

Haa, itulah bahan yang berpotensi untuk mengganggu kesuburan! Phthalates ini juga dikenali sebagai Endocrine Disrupting Chemicals yang mengganggu proses persenyewaan.

 

Selain daripada itu, penggunaan lilin wangi ini berkemungkinan akan melepaskan sebatian organik yang mudah meruap seperti formaldehid.

 

Sebatian ini pula meningkatkan potensi korang untuk mendapat kanser. Alamak, kanser pulak dah!

 

Tapi tunggu dulu, walaupun lilin wangi ini melepaskan sebatian sedemikian, masih tiada kajian secara terperinci secara jelas sekiranya benar-benar boleh menjejaskan kesihatan atau sebaliknya.

Jadi sebenarnya penggunaan lilin wangi ini boleh guna ke tak?

 

Boleh nak guna tapi disarankan untuk korang gunakan lilin yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti lilin kelapa, lilin lebah, lilin soya dan lain-lain.

 

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa, lilin yang diperbuat daripada bahan semula jadi hanya melepaskan kira-kira separuh daripada jelaga berbanding lilin yang diperbuat daripada parafin.

 

Selain itu, lilin yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi hanya melepaskan bahan kimia berbahaya dengan jumlah yang paling sedikit berbanding jenis lilin yang lain.

 

Haa, mungkin Maduners boleh cuba bertukar kepada lilin wangi semula jadi pula? Lebih sihat dan kurang bahan kimia!

Post a Comment