Tengah Sedap Makan Tak Sangka Dapat ‘Bonus’ Sambal Cicak – Manis Madu
Tengah Sedap Makan Tak Sangka Dapat ‘Bonus’ Sambal Cicak

Tengah Sedap Makan Tak Sangka Dapat ‘Bonus’ Sambal Cicak

Maduners pernah tak lalui pengalaman sewaktu tengah sedap makan, tiba-tiba terjumpa sesuatu yang tidak sepatutnya dalam hidangan itu?

 

Viral di laman TikTok apabila seorang gadis memuat naik video dia bersama rakannya menikmati hidangan nasi bersama ayam goreng namun tidak menyangka menjumpai seekor cicak dalam sambal mereka!

@meiongg@baby.cuuu trauma mkn pecel wkwk♬ Panik ngga – Ragil

Dalam video tersebut, gadis itu bersama rakannya dilihat menutup mulut sambil memegang air putih mungkin merasa mual kerana sudah termakan nasi bersama sambal yang ada cicak di dalamnya.

 

Cicak mati itu ditemukan dalam keadaan yang masih elok bentuk fizikalnya berlumuran dengan sambal.

 

“Trauma makan pecel,” tulis gadis tersebut di ruangan caption TikTok nya.

 

Kisah tidak menyenangkan ini dimuat naik di akaun TikTok @meiongg dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Video berkenaan telah mendapat sebanyak 112.7k tanda suka serta 3629 komen.

Post a Comment