Terbang Ke Masa Lalu! 5 Kuih Muih Tradisional Ini Buat Korang Teringat Zaman Kanak-Kanak – Manis Madu
Terbang Ke Masa Lalu! 5 Kuih Muih Tradisional Ini Buat Korang Teringat Zaman Kanak-Kanak

Terbang Ke Masa Lalu! 5 Kuih Muih Tradisional Ini Buat Korang Teringat Zaman Kanak-Kanak

Tidak dapat disangkal lagi, Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Syurga makanan! Orang luar yang berkunjung ke Malaysia jarang pulang tanpa berpuas hati dengan makanan-makanan di negara kita.

 

Hari ini Anis nak kongsikan beberapa jenis makanan tradisional yang akan membawa Maduners kembali ke zaman kanak-kanak. Rindunya!

 

  1. Baulu

Aduh, sebut sahaja tentang baulu, aroma wangi daripada pembuatan kuih tradisional yang satu ini terngiang-ngiang di kepala. Wangi semerbak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Absolute Kueh (@absolutekueh)

Paling Anis ingat tentang baulu adalah proses pembuatannya. Memang mengambil masa yang lama dan rumit! Bermula dengan kerja memukul telur sampai kembang secara manual, mengadun dan seterusnya dibakar menggunakan sabut kelapa atau arang.

 

Kerja-kerja membakar juga memerlukan teknik kawalan api yang baik. Salah timing, tekstur baulu yang lembut dan gebu mungkin tak menjadi.

 

  1. Kuih lapis

Kuih comel berbentuk petak dengan warna merah jambu berlapis-lapis ini memang legend! Malah, zaman sekarang pun kita masih boleh cari kuih lapis ini dengan mudah. Istimewanya kuih ini buat kanak-kanak dahulu adalah cara memakannya.

Korang masih belum legend kalau tak makan kuih ini satu lapis demi satu lapis sampai habis. Memang tak ada beza pun dari segi rasa, tapi seronok lah makan begitu!

 

  1. Kuih peneram

Kuih peneram terkenal dengan nama yang pelbagai. Ada segelintir yang memanggilnya kuih telinga keling, kuih denderam, kuih peniaram, coq peneram (utara), kuih genderang (pantai timur) atau lain-lain lagi gelaran kuih ini.

Resipi asli bagi kuih ini pada dasarnya sangat ringkas. Hanya memerlukan dua bahan iaitu tepung beras dan gula merah. Untuk resipi yang menggunakan dua bahan ini, dohnya mampu bertahan pada suhu bilik biasa sekitar 4-5 hari!

 

Walaupun menggunakan bahan asas yang ringkas, kuih peneram merupakan antara kuih yang paling rumit dan renyah dibuat. Kalau salah tekniknya, kuih peneram yang dihasilkan tidak cantik dan mempunyai tekstur yang keras atau berderai.

 

  1. Wajik

“Wajik dan dodol, jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman”. Haa, dalam lirik lagu pun dah disebut tentang peninggalan dari nenek moyang kita dahulu. Zaman dahulu, wajik atau pulut kacau boleh dikatakan sebagai juadah wajib ketika sambutan hari raya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syah | Malaysian Foodie (@syah_eats)

Namun kini, dah tak ramai yang tahu tentang kewujudannya apatah lagi cara membuatnya. Padahal hidangan ini mudah dibuat dan memiliki rasa yang sangat enak!

 

  1. Karipap

Kuih yang satu ini merupakan antara kuih kegemaran rakyat Malaysia. Siapa tak suka karipap kan? Pastri yang rapuh, nipis, wangi diikuti dengan inti yang pelbagai. Paling famous semestinya inti kari dan sardin.

Anis boleh katakan, karipap boleh membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak dan perlu membantu ibu di dapur mengelim karipap. Zaman dahulu kuih ini dikelim sendiri tanpa menggunakan acuan seperti sekarang. ‘Quality time’ bersama ibu dan adik-beradik di dapur ketika itu pasti akan dikenang sampai bila-bila.

 

Kuih-kuih yang Anis senaraikan ini semuanya masih boleh didapati dengan mudah tetapi tidak mustahil akan lenyap jika generasi baru tidak diperkenalkan dengan kuih muih tradisional ini.

Post a Comment