Terbeli Kinder Card Tamat Tempoh, Wanita Teragak-Agak Habiskan Makan Atau Buang!
Terbeli makanan atau minuman yang sudah tamat tempoh memang mengecewakan! Lebih-lebih lagi jika makanan tersebut dibeli dengan harga yang mahal. Aduh, serba salah jadinya!
Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman ketika membeli sekotak coklat iaitu Kinder Card yang sedang tular di aplikasi TikTok.
@nanee.._ kena prank terok 🥲 . apa lah nasib #kindercards #kinderjoy #racuntiktok #kindercardsexpired #kindercardschallenge #festiktok ♬ original sound – Nanee 🍴🌺🌻🌼
Difahamkan, pada awalnya dia tahu mengenai coklat tersebut melalui perkongsian di aplikasi TikTok lalu mula mencarinya untuk dibeli secara dalam talian. Dalam video sama, wanita tersebut dilihat teruja setelah berjaya memiliki coklat berkenaan dan begitu gembira boleh memakannya.
Namun malangnya, setelah merasakan tekstur coklat berkenaan sedikit aneh dan berbeza dengan yang dilihat di TikTok, wanita itu baru menyedari bahawa manisan yang dibelinya sudah tamat tempoh!
“Korang, dah expired la! Sekarang bulan berapa? Bulan 8 kan?! Eeei, saya baru beli dua hari lepas. Korang tengok ni (sambil menunjukkan tarikh tamat tempoh), 23/7/2022. Dah expired! Mati tak?” ujarnya dengan nada tidak percaya.
Meskipun begitu, mengenangkan harga coklat yang dibelinya agak mahal maka wanita tersebut meneruskan sesi makan-makan coklat tersebut walaupun sedikit risau.
“Saya dah makan separuh tapi benda ni mahal, 50 ringgit. Sebab tu orang cakap kan, jangan terpengaruh dengan TikTok sangat. Korang rasa boleh makan lagi tak? Ke dah kena buang? Ke makan je? Makan je la eh. Okay kot sebab dia kan coklat,” ujar wanita itu.
Alamak! Memang dilemma dibuatnya kalau begini. Nak habiskan, benda dah expired tapi kalau tak habiskan, sayang pula dah beli mahal-mahal.