Terdengar Bunyi Aneh Bawah Katil, Wanita Terkejut Jumpa Makhluk Hitam Berbulu! – Manis Madu
Terdengar Bunyi Aneh Bawah Katil, Wanita Terkejut Jumpa Makhluk Hitam Berbulu

Terdengar Bunyi Aneh Bawah Katil, Wanita Terkejut Jumpa Makhluk Hitam Berbulu!

Pernah tak berlaku dalam kehidupan harian Maduners kejadian-kejadian aneh seperti terdengar bunyi-bunyian aneh, ternampak kelibat menakutkan atau yang lain-lain. Mesti cering bulu roma kan!

 

Situasi ini lebih kurang sama seperti yang diceritakan oleh seorang wanita di aplikasi Twitter.

Menerusi ciapan wanita itu, dia memberitahu ketika baru masuk ke rumah yang ditinggalnya, dia selalu terdengar bunyi dengkuran di bawah katil. Namun, dia tidak berani memeriksa dari mana punca bunyi berkenaan.

 

Setelah seminggu berlalu, bunyi tersebut masih ada dan dia menjadi semakin takut. Disebabkan itu juga, dia memberanikan diri untuk melihat di bawah katil untuk mencari punca daripada mana datang bunyi itu.

“Satu hari tu I macam “Ah screw this. Hantu pun hantu lah” sebab I dah tak tahan. I takleh tidur sebab ada bunyi tu. So I gathered all my courage to check… tapi tak nampak pape.”

 

“I tahan je lah kan as long as tak kacau I physically. Then satu hari tu I tertidur dengan lampu terbuka lepas tu dengar bunyi dengkur lagi. I terbangun. I pun check la bawah katil. Turns out…”

 

Ternyata, apa yang ada di bawah katil dan menganggu tidur wanita itu adalah kucingnya yang berdengkur seperti manusia! Fuhh, ingatkan bunyi apa, rupanya mahkluk hitam berbulu ya.

 

Wanita itu juga turut menyertakan ‘bukti’ bahawa bunyi pelik yang didengarnya adalah daripada kucingnya sendiri yang berwarna hitam.

Rupanya ada plot twist, bukan hantu yang menganggu tetapi kucing peliharaan sendiri!

Post a Comment