Tergamam! Kucing Berjalan Sejauh 38km Balik Tempat Kelahiran – Manis Madu

Tergamam! Kucing Berjalan Sejauh 38km Balik Tempat Kelahiran

Seekor kucing berusia dua tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya muncul sejauh 24 batu (38km) di kampung tempat ia dilahirkan.

Cupid went missing from Bournemouth

Sumber Gambar: www.bbc.com

Cupid, ditemui di Odstock, berdekatan Salisbury, Wiltshire, setelah hilang dari Bournemouth tepat selepas Krismas.

 

Amy Osborne yang menjumpai kucing itu berkata, “Dia tinggal selang dua buah rumah daripada saya, dua tahun lalu. Saya tidak tahu bahawa ini adalah anak kucing yang sama.”

 

Pemilik kucing genius tersebut, India Redman tidak mampu berkata-kata kerana terlalu terkejut dan tidak menyangka bahawa kucingnya akan ditemui kembali.

Cupid is back at home in Bournemouth after its adventures

Sumber Gambar: www.bbc.com

“Dia mesti lebih pintar daripada rupanya. Sungguh gila cara dia kembali,” tambah Redman.

 

Osborne meluahkan rasa gembira kerana dapat menyatukan kembali Cupid dengan keluarganya setelah menyiarkan tentang penemuan kucing itu di media sosial.

 

“India tergamam dan tidak terkata kerana itu adalah dia (Cupid),” tambahnya.

 

“Dalam banyak-banyak tempat dia boleh melarikan diri atau tersesat, betapa peliknya dia akan kembali ke tempat asalnya dia dilahirkan.”

 

Berhubung perkara ini, Cats Protection menyifatkan “perjalanan luar biasa” ini bukan kebiasaan bagi kucing.

 

Behaviour Manager, Nicky Trevorrow berkata,

“Adalah menjadi kebiasaan bagi kucing kembali ke tempat dalam jarak satu atau dua batu tetapi perjalanan Cupid cukup luar biasa.”

Post a Comment