Terkejut Anti-Vaksin! Kanada Lancar Mandat Cuti Tanpa Gaji – Manis Madu
Terkejut Anti-Vaksin! Kanada Lancar M

Terkejut Anti-Vaksin! Kanada Lancar Mandat Cuti Tanpa Gaji

Kanada akan mewajibkan vaksinasi pada akhir Oktober untuk mereka yang ingin menaiki kereta api dan kapal terbang termasuk juga untuk pekerja kerajaan persekutuan seperti anggota tentera dan Polis Diraja Kanada.

 

Perkara ini di umum oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ketika melancarkan mandat vaksin yang paling ketat di dunia itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Trudeau (@justinpjtrudeau)

Beliau juga mengumumkan bagi mereka penjawat awam yang belum divaksin akan diberi cuti tanpa gaji. 

 

Penjawat awam persekutuan diarahkan untuk menyatakan status vaksinasi penuh mereka melalui portal dalam talian selewat-lewatnya 29 Oktober ini.

 

Manakala pekerja dan penumpang pengangkutan kereta api, udara dan laut yang berumur 12 tahun ke atas perlu menunjukkan bahawa mereka telah divaksin mulai 30 Oktober ini.

 

Prosedur operasi standard (SOP) perjalanan dan vaksinasi wajib bagi penjawat awam tersebut adalah yang paling ketat di dunia, kata Perdana Menteri Kanada itu.

 

Justin Trudeau terdahulu pernah berjanji akan mewajibkan vaksinasi ketika kempen pilihan raya pada bulan lalu. 

 

Kanada telah memberi vaksin sepenuhnya kepada lebih daripada 80 peratus penduduknya yang layak berumur 12 tahun ke atas.

Post a Comment