Terlalu Banyak Kes Tipu, Ini Cara Nak Kenal Website Maybank Yang Palsu – Manis Madu
Cara Nak Kenal Website Maybank Yang Palsu

Terlalu Banyak Kes Tipu, Ini Cara Nak Kenal Website Maybank Yang Palsu

Kecoh semalam di media sosial apabila seorang netizen telah tersalah masuk ke website Maybank yang palsu di mana dia cuba melakukan transaksi tetapi akhir menyedari bahawa laman web Maybank tersebut adalah palsu tetapi sudah terlambat menyedari perkara itu.

Perkara tersebut bermula apabila individu yang dikenali sebagai Azizul Osman telah google laman sesawang Maybank dan terus klik pautan pertama yang keluar tapi melihat dengan teliti akan alamat sesawang tersebut.

campaignmay2u

Sumber: Facebook.com

Laman sesawang tersebut adalah https://campaignmay2u.com/ (JANGAN LAYARI LAMAN WEB INI) dan Maduners akan terkejut dan boleh lihat sendiri muka halaman sesawang tersebut hampir sama dengan laman web sebenar Maybank kecuali sedikit berbeza pada saiz trademarks dan font.

 

Azizul yang telah memasukkan maklumat peribadi dan menghantar nombor TAC tanpa sedar telah terkesan teruk apabila terdapat transaksi tanpa kebenaranya ke aplikasi Lazada, malah akaunnya tidak dapat di akses lagi selepas itu.

 

Perkara ini sedang disiasat oleh pihak polis kerana telah banyak laporan diterima berkaitan kes seperti ini.

maybank2u

Untuk maklumat Maduners yang menggunakan Maybank, laman sesawang sebenar Maybank adalah www.maybank2u.com.my.

 

Paling penting adalah laman sesawang Maybank TIDAK akan minta nombor TAC anda dan permintaan nombor TAC hanya berlaku menerusi aplikasi Maybank di telefon pintar samada aplikasi M2U MY atau MAE.

 

Mohon ingatkan ibu dan ayah serta keluarga untuk berhati-hati ketika menggunakan laman sesawang Maybank.

Post a Comment