Terliur Tengok Hidangan Kambing Salai , Macam Rumit Tapi Mudah!
Madu rasa para wanita di luar sana mesti pernah buntu memikirkan menu apa yang ingin dimasak sehari-hari. Mana taknya, hari-hari asyik menu yang sama jerr. Sekali sekala nak juga tukar selera tapi selalu jammed sebab tiada idea.
Ting! Madu ada jumpa satu resipi yang selalu kita dengar macam susah dan rumit proses penyediaannya tetapi sebenarnya sangat mudah dan praktikal. Paling penting, lain daripada lain!
Menu yang Madu akan kongsikan ini ialah kambing salai bersama beberapa menu sampingan.
Antara bahan-bahan yang Maduners perlukan ialah:
- Satu bahagian peha kambing
- Lada hitam (dikisiar kasar)
- Bawang putih (dicincang halus)
- Bawang holand
- Mentega
- Minyak masak
- Lobak merah
- Lada benggala
- Sebiji limau nipis
Pertamanya, korang perlu cuci peha kambing terlebih dahulu sehingga bersih kemudian oleskan minyak masak ke atas peha kambing tersebut.
Setelah peha kambing itu dikelar-kelar, korang taburkan garam dan lada hitam yang telah dikisar secukupnya ke atas peha kambing itu. Tekan permukaan daging supaya garam dan lada hitam itu menyerap dengan sempurna.
Kemudian, letakkan peha kambing ke atas tempat pemanggang untuk disalai. Paling penting! Maduners perlu sapukan mentega atau minyak bawang di permukaan daging setiap 30 minit.
Haa, kalau korang nampak daging macam dah nak masak, perahkan limau nipis di seluruh permukaan daging dan taburkan hirisan bawang holand ke atasnya. Sambil-sambil itu, salaikan juga lobak merah dan lada benggala bersama dengan peha kambing itu.
Done! Tinggal tunggu daging itu masak sepenuhnya jerr dan sudah boleh dihidang.
Untuk menu pelengkapnya pula, Maduners boleh cuba buat sambal ini. Antara bahan-bahan yang diperlukan:
- 5 biji cili besar
- 5 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 10 ulas bawang merah
- Sebiji tomato
- Daun kemangi
Cara buat sambal ini sangat mudah. Korang hanya perlu hiris bahan-bahan seperti cili, bawang merah, tomato dan daun kemangi. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan bahan hirisan tadi ke dalamnya. Gaulkan hingga sebati dan akhirnya tambahkan sedikit perasa. Siap untuk dihidang bersama menu utama tadi!
Untuk lebih jelas cara pembuatannya, Maduners boleh rujuk video di bawah ini:
@resep_debmBIKIN MENU YANG SUPER MENGGELEGAR !!!♬ original sound – @resep_inspirasi_debm
Sebenarnya menu ini sangat-sangat mudah untuk disediakan. Mudah, sedap dan beraroma juga! Maduners jangan lupa cuba!