Terpaling Purple! Terpegun Tengok 5 Tempat Indah ‘Bertemakan’ Warna Ungu Di Dunia – Manis Madu
Terpaling Purple! Terpegun Tengok 5 T

Terpaling Purple! Terpegun Tengok 5 Tempat Indah ‘Bertemakan’ Warna Ungu Di Dunia

 Maduners tahu tak, hari Ungu atau lebih sering dikenali sebagai Purple Day disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit epilepsy.

 

Purple Day telah diasaskan oleh Cassidy Megan pada tahun 2008 diinspirasikan oleh perjuangan beliau sendiri sebagai penghidap epilepsy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cassidy Megan (@purpledaymarch26)

Matlamat Cassidy adalah untuk mengajak orang ramai untuk bercakap mengenai epilepsy dalam usaha untuk menghapuskan mitos dan memberitahu kepada penderita penyakit itu bahawa mereka tidak berseoranngan.

 

Sempena Hari Ungu Sedunia hari ini, Madu nak kongsikan beberapa tempat indah dengan warna ungu!

5. Pantai Tasik Ungu, Candle Lake, Canada

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jean Parchewsky (@jeanparch)

Pantai di tasik ini dikenali sebagai Pantai Tasik Ungu kerana persisiran pantainya dihiasi dengan pasir berwarna ungu. Uniknya, warna pasir di pantai ini sering berubah dan boleh muncul dalam pelbagai warna daripada warna ungu, magenta dan kadang-kadang berwarna merah jambu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Denae Beuker (@denaebeuker)

Penampakan warna ungu pada pasir di pantai ini tidak selalu terjadi. Kadang-kadang, penduduk yang melihat pasir ungu pada musim panas di tahun itu, belum tentu dapat melihatnya pada musim panas akan datang.

4. Uluru, Australia

Monolit Australia yang besar dan terkenal di dunia, iaitu Ayers Rock atau lebih dikenali sebagai Uluru merupakan salah satu mercu tanda paling ikonik di seluruh negara. Kenapa Anis letakkan Uluru sebagai salah satu tempat indah berwarna ungu sedangkan ‘batu besar’ ini berwarna jingga keperangan?

photoholgic-1GFUOji-yck-unsplash (1)

Untuk pengetahuan Maduners salah satu aktiviti memukau di Uluru adalah menyaksikan perubahan warna monolit pada waktu terbit dan terbenam matahari! 

 

Apabila matahari terbit, Uluru akan menampilkan warna merah dan perlahan-lahan bertukar kepada warna kelabu susu kemudian bertukar kepada warna ungu, merah yang luar biasa dan bertukar menjadi warna emas terang dan kekal sepanjang hari.

danny-lau-afu6-Vvun7w-unsplash (1)

Bila hari makin senja, satu lagi perubahan warna akan berlaku iaitu daripada cahaya keemasan menjadi merah tua, merah jambu gelap dan akhirnya menjadi ungu pastel. Memang menakjubkan!

3. Fiordland National Park, New Zealand

Tak cukup purple lah kalau tak masukkan ladang Lavender dalam senarai! Sebenarnya, ladang Lavender bukan ada satu jerr di dunia tau. Banyak juga negara-negara lain yang memiliki ladang Lavender.

kassey-downard-5s-ajSqziUE-unsplash (1)

Ladang ungu terang Russell Lupins ini akan mekar di seluruh Pulau Selatan New Zealand bermula akhir bulan November dan memuncak pada awal Disember! Kalau datang ketika itu dapatlah Maduners menikmati pemandangan indah di sini.

2. Purple Island, Korea

Percaya atau tidak, hampir semua yang ada di pulau ini berwarna ungu! Daripada penginapan hingga ke restoran semuanya berhiaskan warna ungu.

purple-island-coffee-truck (1)

Tarikan paling menarik di pulau ini adalah Cheonsa Bridge. Ya, betul! Cheonsa Bridge ini pun berwarna ungu.

purple-bridge-2 (1)

Selain melihat keunikan Purple Island, Maduners juga boleh melakukan aktiviti seperti berbasikal, makan hidangan Korea yang enak di restoran, mengambil gambar di ladang Lavender dan mendaki Gunung Eoggae yang mana di atas puncak, korang boleh nampak keindahan seluruh pemandangan perkampungan berwarna ungu. Cantik sangat!

1. Valensole Lavender Field, France

Anis anggap Ladang Lavender Valensole yang terletak di France ini sebagai juara lah. Sekali pandang, ladang ini kelihatan seperti lautan yang berwarna ungu! Sungguh luar biasa luas dan sangat-sangat indah!

valensole20 (1)

Agak-agaknya, bilakah masa yang terbaik untuk melawat ladang lavender? Malangnya, tiada jawapan yang mudah untuk soalan ini kerana Berdasarkan pembacaan Anis, secara umumnya, pertengahan bulan Jun hingga pertengahan Julai adalah masa yang terbaik namun bergantung juga pada cuaca yang tidak menentu.

 

Selain menikmati pemandangan luar biasa ‘lautan’ ladang lavender, di sana juga terdapat gerai-gerai kecil di tepi jalan yang menjual pelbagai produk berasaskan lavender seperti minyak, jem lavender dan lain-lain. Gerainya comel jerr!

valensole05 (1)

Haa, macam mana, Maduners suka tak cuci mata tengok tempat-tempat ‘bertemakan’ warna purple ini? Tempat-tempat yang Anis senaraikan di atas memang cantik sangat sampai rasa nak lompat masuk dalam gambar!

Post a Comment