Tersilap Sapu Asam Jawa Pada Roti, Bapa Ketawa Mengekek Lihat Reaksi Anak! – Manis Madu
Tersilap Sapu Asam Jawa Pada Roti, Bapa Ketawa Mengekek Lihat Reaksi Anak!

Tersilap Sapu Asam Jawa Pada Roti, Bapa Ketawa Mengekek Lihat Reaksi Anak!

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik satu video yang berjaya menarik perhatian warganet. Video tersebut menunjukkan, seorang lelaki merakam perbuatan anaknya yang sedang meletakkan perisa di atas sekeping roti kosong.

 

Anak perempuannya begitu tekun menyapu ‘jem’ pada rotinya tanpa menyedari dia sudah tersalah mengambil sapuan yang sepatutnya boleh di makan dengan roti. 

 

‘Jem’ yang diletakkan kanak-kanak itu merupakan pes asam jawa yang selalu diletakkan dalam masakan. Kesilapan ini mungkin terjadi kerana bekas asam jawa tersebut menyerupai bentuk sapuan ‘kaya’ yang selalu di makan dengan roti.

@datopojnasib baik terkena lidah sikit♬ original sound – Fauzi Mostapah

Mujurlah roti yang sudah disapu pes asam jawa dengan jumlah yang banyak itu belum sempat dimasukkan ke dalam mulut. Ini kerana kanak-kanak itu menjilat jarinya terlebih dahulu lalu merasa aneh dengan perisa yang dirasa sebelum menyedari sapuan yang digunakan bukanlah ‘kaya’ tetapi pes asam jawa!

 

“Bluekkkk,” itulah reaksi pertama kanak-kanak perempuan itu setelah mendapati pes asam jawa yang diletakkan pada rotinya. Aduh, memang kelakar la dik!

 

Di penghujung video, bapa kepada kanak-kanak tersebut sempat mengusik anaknya dengan memintanya meneruskan makan roti itu kerana sudah menyapu pes asam jawa berkenaan.

 

“Makan la roti tu, dah sapu dah. Dah sapu tak mau makan! Takkan abah nak makan kot,” ujar bapanya.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat kanak-kanak perempuan itu dan tidak kurang juga yang berkongsi pernah mengalami situasi yang sama.

 

“Pulun bubuh banyak-banyak, dia ingat sekaya kot,”

 

“Pak pekena anak. Anak pulak confident nauu sapu kaya tu,”

 

“Saya pernah kena, sampai sekarang saya tak sapu kaya kat roti,”

 

“Kejadian macam ni pernah anak saya terkena. Disangkanya kaya roti lepas tu boleh cakap kaya ibu tak elok, dah masam. Sejak tu tak nak dah beli asam jawa macam tu. Anak keliru,”

 

Video berkenaan telah mendapat 408.7k tontonan, 25.7k tanda suka dan 1065 komen di laman TikTok.

Post a Comment