Teruk! Semenanjung Kini Hampir Semua Kawasan Menjadi Zon Merah – Manis Madu
Covid19

Teruk! Semenanjung Kini Hampir Semua Kawasan Menjadi Zon Merah

Berdasarkan laporan harian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tersebut, bermula 6 Mei hingga 19 Mei, kesemua daerah di semenanjung Malaysia kini telah terkeluar dari zon hijau.

 

Menurut Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data dari Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) tiada lagi zon hijau di Semenanjung, manakala lapan daerah dikategorikan sebagai zon jingga mempunyai 21 hingga 40 kes, dalam tempoh yang sama.

 

Daerah dikategorikan sebagai zon kuning ialah Perak Tengah; Sik (Kedah); Gua Musang (Kelantan); Kemaman dan Hulu Terengganu (Terengganu); Cameron Highlands (Pahang) dan Mersing (Johor).

 

Bagi zon jingga pula direkodkan di daerah Kampar di Perak; Kangar (Perlis); Padang Terap dan Langkawi (Kedah); Bera, Maran dan Rompin (Pahang) dan Kuala Pilah (Negeri Sembilan), katanya.

 

Berdasarkan laporan harian yang dikeluarkan beliau di laman Twitter miliknya, Selangor kini mendahului jumlah kes harian dengan kes sebanyak 21, 343.

 

Sarawak yang merekodkan 6,456 kes keseluruhan pula menyaksikan lima daerah masih berada pada zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan.

 

Negeri Sabah pula merekodkan tujuh daerah dengan zon hijau iaitu  Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Tongod, Telupid dan Beluran.

 

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga semalam (20 Mei), kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 secara keseluruhannya di seluruh negara mencapai 83 peratus.

 

“Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan jangkitan Covid-19,” katanya.

Post a Comment