Tetap Berpuasa Walaupun Jalani Latihan, Petinju Berhijab Kongsi Pengalaman Berpuasa – Manis Madu
Tetap Berpuasa Walaupun Jalani Latihan, Petinju Berhijab Kongsi

Tetap Berpuasa Walaupun Jalani Latihan, Petinju Berhijab Kongsi Pengalaman Berpuasa

Petinju hijab, Safiyyah Syeed atau lebih sinonim dikenali sebagai ‘Hijabi Boxer’merupakan antara individu yang menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

safiyyahsyeed1

Safiyyah berkongsi pengalamannya berkaitan cabaran berpuasa sebagai seorang atlet di bulan mulia ini.

 

Tidak seperti kebanyakan orang yang berpuasa, Safiyyah berdepan dengan latihan intensif dan dalam masa yang sama perlu menjaga kesihatan diri sebagai atlet.

safiyyahsyeed2

Menurut Harian Metro, gadis berusia 20 tahun itu berkata, meskipun sudah biasa berlatih ketika berpuasa namun dia masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku sebelum ini.

 

“Dua tahun lalu adalah Ramadhan yang sangat sukar bagi saya. Saya tidak mempunyai pengalaman berpuasa dan berlatih, tidak ada dalam perancangan saya, jadi saya berlatih seperti biasa.

 

“Ketika itu saya bekerja keras dan bukannya bekerja dengan bijak. Memang ia memenatkan. Sekarang saya sudah bekerja dengan bijak bukannya keras.

 

“Saya melakukan latihan yang sebelum ini saya tidak lakukan, di mana ia memberi masa buat saya untuuk fokus secara rohani dan mental,” katanya.

 

Safiyyah juga tidak melepaskan peluang unuk membantu orang yang memerlukan dalam bulan ini.

 

“Ramadhan adalah bulan luar biasa, dengan dihujani persekitaran yang baik,” katanya.

Sumber gambar: Harian Metro

Post a Comment