Thailand Haramkan Penggunaan Krim Pelindung Matahari – Manis Madu
Phra Nang Beach, Krabi, Thailand

Thailand Haramkan Penggunaan Krim Pelindung Matahari

Bila dah boleh melancong ke Thailand, kena hati-hati dengan jenis krim pelindung matahari yang hendak digunakan.

 

Perkara ini susulan daripada berita negara Thailand yang melarang penggunaan krim pelindung matahari.

 

Sebab utama produk tersebut dilarang penggunaannya adalah kerana dikatakan mengandungi bahan kimia yang mampu memberi kesan buruk kepada terumbu karang di taman marin negara itu.

 

Jabatan Pemuliharaan Thailand mendakwa, empat bahan yang biasanya terdapat dalam krim pelindung itu terbukti dapat memusnahkan batu karang, merencatkan pembiakan dan menyebabkan pemutihan terumbu karang.

 

Krim pelindung matahari yang dilarang adalah yang mengandungi oxybenzone, octinoxate, 4-methylbenzylidene camphor atau butylparaben.

 

Mereka yang didapati melanggar larangan baru ini boleh didenda dengan jumlah wang yang sangat tinggi iaitu sehingga 100,000 Baht atau RM12,750. 

 

Walaupun denda yang dikenakan boleh dilihat sangat tinggi, tetapi usaha negara Thailand ini adalah sangat bagus bagi melindungi terumbu karang dan taman marin negara tersebut bagi industri pelancongan.

Post a Comment