The Sonata, Lain Daripada Yang Lain. Cerita Gabungan Seram, Misteri, Muzik dan Penuh Dengan Plot Twist – Manis Madu
The Sonata, Lain Daripada Yang Lain

The Sonata, Lain Daripada Yang Lain. Cerita Gabungan Seram, Misteri, Muzik dan Penuh Dengan Plot Twist

Nak sesuatu yang seram untuk ditonton? Apa kata tingkatkan adrenaline rush Maduners dengan filem The Sonata.

The Sonata

Sebenarnya filem The Sonata telah ditayangkan di Rusia pada tahun 2018, namun ia telah memasuki pasaran negara lain termasuk Malaysia pada tahun 2020.

 

Kalau ikutkan trailer yang Madu sempat tengok, The Sonata merupakan filem yang boleh memberikan sesuatu yang tidak akan di jangka. Plot twist yang penuh misteri!

 

Filem ini mengisahkan tentang misteri gubahan lagu yang ditinggalkan bekas komposer terkenal iaitu Richard Marlowe. Dibintangi oleh pelakon dari Australia, Freya Tingley yang membawa watak utama Rose Fisher, seorang pemain violin terkenal.

The Sonata_Violin scene

Rose mempunyai kisah tragis dengan bapanya dan mereka terpisah sejak kecil lagi. Sebelum Richard Marlowe membunuh diri, dia telah menyiapkan sebuah skrip melodi yang penuh misteri.

 

Rose ingin merungkai kisah bapanya memandangkan dia anak tunggal kepada Richard Marlowe, dia ke rumah agam tersebut untuk membongkar misteri yang tersimpan begitu lama.

 

Disitu, banyak kejadian pelik dan misteri telah berlaku.

Tak akan Madu nak cerita keseluruhan cerita, kalau nak tahu, Maduners kenalah tonton filem The Sonata ini. Dah ada di pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Julai 2020.

 

Salah seorang pengguna media sosial Twitter yang terkenal iaitu @XavierNaxa telah berkongsi ulasan setelah menonton filem tersebut.

Pasti filem ini ada sesuatu yang lain daripada kebiasaan, mana yang masih belum tonton filem ini, bolehlah segera menonton cerita ini!

 

Nahh Madu belanja trailer filem The Sonata untuk Maduners.

Post a Comment