Throwback Drama & Filem Raya Dahulu, Confirm Rindu! – Manis Madu
Throwback Drama & Filem Raya Dahulu

Throwback Drama & Filem Raya Dahulu, Confirm Rindu!

Mungkin ada Maduners yang sudah terlupa, Madu nak ingatkan semula drama-drama yang memang confirm akan buat kita terpacak depan TV lepas habis tarawih.

 

Tak kira budak, remaja, mak ayah semua akan beratur depan TV sebab nak layan drama-drama ini. Bila dah throwback ini mana tahu boleh marathon semulakan!

#1 Diari Ramadhan Rafique

https://kisahdunia.com/foto-13-tahun-berlalu-akhirnya-diari-ram4dhan-rafique-bakal-kembali/

Sumber Gambar: Kisah Dunia

Drama ini Madu boleh sebut sebagai antara legend, siapa saja tak kenal dengan si Rafique remaja berdarah campuran yang tinggal dengan sepupu dia dekat rumah nenek kan?

 

Drama ini dulu mula ditayang pada tahun 2007 dan jadi antara drama kanak-kanak yang wajib tonton lepas berbuka puasa.

 

Drama ini dulu yang naikkan nama pelakon-pelakon baru seperti Rozita Che Wan! Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama ini adalah Normah Damanhuri, Zed Zaidi, Puteri Maisarah dan ramai lagi.

#2 I Know What You Did Last Raya

I Know What You Did Last Raya

Sumber Gambar: Wikipedia.com

Filem ini kalau Maduners tak tahu Madu tak mahu kawan!

 

Kalau anda lahir pada tahun 90an filem inilah antara yang mewarnai raya kita dulu. Mengisahkan tentang adik beradik yang nak balik beraya ke kampung tapi ada satu tragedi yang seram jadi masa mereka on the way.

 

Pelakon-pelakon hebat ya semua dalam filem ini iaitu Senario, Erra Fazira, Wahida dan ramai lagi!

 

Filem ini dulu ditayangkan di pawagam pada raya pertama tahun 2004! 17 tahun dah berlalu.

#3 Takbir Suci

Takbir Suci

Sumber Gambar: youtube.com

Siapa jerrr yang tak terkesan dengan drama-drama hebat pengarah hebat Rashid Sibir?

 

Takbir Suci ini adalah antara drama beliau yang sampai hari ini Madu akan ulang tiap minggu.

 

Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang zalim terhadap anak yatim.

 

Lakonan antagonis Raja Azura sebagai Kak Nora memang lain macam sampai masa itu Madu rasa takut nak buat dosa sebab takut kene balasan macam Kak Nora haha!

 

Drama ni ditayangkan di Astro Ria dan ada 3 musim.

#4 Pondok Buruk

Pondok Buruk

Sumber Gambar: Astro

Drama arahan Rashid Sibir ini yang mengisahkan tentang adik beradik yang langsung tak hiraukan mengenai mak ayah di kampung.

 

Tengok drama ini memang tak putus air mata mengalir dan tengok pula siapa pelakon utama drama ini, Fauziah Nawi dan Allahyarham Ismail Din! Dua pelakon dramatis lagenda ini memang tiada tolok bandingnya.

 

Antara pelakon hebat lain drama ini adalah Rosyam Nor, Vanida Imran, Raja Azura dan juga Jalaludin Hassan.

 

Jadi, jom marathon semula!

Post a Comment