Tiada Spoiler! Top 3 Rancangan Bersiri Penuh Emosi – Manis Madu
Tiada Spoiler! Top 3 Rancangan Bersiri Penuh Emosi

Tiada Spoiler! Top 3 Rancangan Bersiri Penuh Emosi

Sejak pandemik Covid-19 berlaku, mesti ramai dah jadikan rancangan siri atas talian sebagai rutin harian, kan?

Jadi untuk sesiapa yang dah tak ada idea nak tengok cerita apa atau nak cadangan daripada Madu, jom baca artikel ni sampai habis!

#3 AMERICAN VANDAL

American Vandal

Sumber Gambar: www.imdb.com

Kenapa Maduners kena tengok American Vandal? First sekali sebab siri ini adalah satu karya yang mempunyai tema yang serius, tapi dibawakan secara komedi. Ada banyak sangat babak yang kelakar tapi bermakna.

 

Cerita ni juga akan buat minda kita aktif berfikir dan meneka-neka. Jadi siri ini sangat sesuai untuk mereka yang nak dapatkan hiburan tapi pada masa sama tak minat jalan cerita yang ‘kosong’.

Madu cerita sinopsis sikit, disebabkan Dylan ni budak nakal yang suka usik kawan-kawan, dialah yang orang jadikan suspek kes ini.

 

Tapi Dylan tak mengaku dan dua orang pelajar yang yakin dengan Dylan pun terdetik nak buat satu dokumentasi untuk membuktikan kebenaran (yang korang kena tengok , no spoiler hehe).

#2 THE END OF F***ING WORLD

The End of the Fxxxing World 2

Sumber Gambar: imdb.com

Korang dah bosan dengan plot cerita yang klise kena tonton siri ini yang diadaptasi daripada sebuah buku, menceritakan tentang James yang menghidapi masalah mental dan mempunyai hobi unik – membunuh haiwan. Sewwwrammmm!

 

Simple Sinopsis – James mula rasa bosan bunuh haiwan dan teringin nak bunuh orang dan manusia tersebut adalah Alyssa!

The End of the F***ing World

Sumber Gambar: www.denofgeek.com

Sepanjang penceritaan siri ni, banyak peristiwa yang mereka hadapi bersama, untuk tahu adakah James berjaya bunuh Alyssa atau tak, bolehlah tengok siri yang bergenre adventure, komedi dan jenayah ni. Plot cerita tak klise langsung dan lain daripada yang lain!

#1 DEAR WHITE PEOPLE

Dear White People

Cerita ini berkisarkan tentang isu-isu rasisme yang masih berlaku sehingga ke hari ini. Untuk menjadikan topik ini lebih santai dan mudah difahami, ia dibawakan dalam skop pelajar kolej dan diselit dengan unsur-unsur komedi.

 

Dear White People menceritakan Sam yang berdarah kacukan Caucasian dan African-American, sangat muak dengan white privilege yang dinikmati pelajar berkulit putih di kolejnya.

Dear White People Volume 2 Premieres 4 May on Netflix

Sumber Gambar: Facebook

Satu hari, sebuah pesta bertemakan blackface diadakan yang mana berlakunya kekecohan dan huru-hara, dari sinilah pelbagai konflik yang lebih kompleks mula muncul.

 

Kedua-dua musim Dear White People digarap dengan sangat kemas dan menarik sehingga mampu menimbulkan pelbagai emosi dalam kalangan penonton.

 

Ada babak yang akan membuatkan kita ketawa tiada henti, ada juga yang mampu membuat kita bergelinang air mata. Mungkin juga, siri ini mampu membantu kita faham isu semasa yang sedang berlaku di dunia hari ini.

 

Ehh, kejap, sembang mengenai rancangan siri terbaik ini, Maduners tahu tak yang di Youtube Manis Madu MY #SembangBersamaMadu dah ada episod terbaru.

 

Kita ada Ethan dan Kean bersembang mengenai rancangan siri! Agaknya mereka berdua ini tahu ke rancangan siri terbaru? Hehehe, kalau nak tahu, jom tonton sekarang!

Post a Comment