Tiba-Tiba Campak Adik Bayi Ke Lantai, Rupanya Si Kakak Ada ‘Mild Autism’ – Manis Madu
Tiba-Tiba Campak Adik Bayi Ke Lantai, Rupanya Si Kakak Ada ‘Mild Autism’

Tiba-Tiba Campak Adik Bayi Ke Lantai, Rupanya Si Kakak Ada ‘Mild Autism’

Tular di laman TikTok baru-baru ini mengenai sebuah video yang menunjukkan rakaman kamera litar tertutup di sebuah kediaman. Rakaman berkenaan menunjukkan kelibat seorang kanak-kanak perempuan yang pada awalnya mendekati seorang bayi dan secara tiba-tiba melempar bayi tersebut ke lantai.

@amierabaharom Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

.

Ibu dan bapa kepada dua orang kanak-kanak itu segera mendapatkan bayi tersebut kerana dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala dan segera dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

 

Difahamkan kejadian tersebut berlaku tanpa luar sedar memandangkan anak sulung pasangan tersebut (kanak-kanak perempuan dalam rakaman) ternyata menghidap mild autism.

 

“Pengajaran bagi kami untuk lebih berhati-hati dengan behaviour anak sulung kami,” tulis keterangan pada hantaran itu disertai dengan tanda pagar ‘mild autism’, ‘autism acceptance’ dan ‘autism awareness’.

 

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan mengakui tidak menjangkakan perkara seperti itu akan berlaku dan turut menganggap punca perkara ini boleh berlaku adalah kerana anak sulungnya menghidap mild autism.

 

“Kepada yang tak tahu, anak sulung saya, Amilia ada mild autism. Ini mungkin salah satu penyebab dia bertindak macam tu. Percayalah, sebenarnya Amilia sayangkan adik dia,” tulis keterangan dalam video tersebut.

 

Bayi kecil yang dikenali sebagai Amina didapati berada dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan dengan doktor.

 

Perkongsian tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata mengakui kanak-kanak penghidap autism sememangnya cenderung melakukan perkara sedemikian.

 

“Tak ada sesiapa yang patut judge the parents atas apa yang berlaku. Autism banyak pattern dia. Saya lega baby korang okay. Si kakak jangan di marah ya,” komen salah seorang warganet.

 

“Anak autism dia tak boleh fikir normal macam kita. Tak boleh nak bagitahu sayang macam mana. Kalau tak merasa sendiri, diam je mulut. Doa yang baik-baik,” ujar komen yang menyelar komen-komen negatif pada video tersebut.

 

Perkara ini sepatutnya dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa lain di luar sana. Sama-sama ambil iktibar!

Post a Comment