Tidak Tahan Kecaman Bertalu-Talu Netizen, Ibu Puteri Balqis Pula Buka Mulut Perbuatan Jijik Bekas Suami! – Manis Madu
Tidak Tahan Kecaman Bertalu-Talu Netizen, Ibu Puteri Balqis Pula Buka Mulut Perbuatan Jijik Bekas Suami!

Tidak Tahan Kecaman Bertalu-Talu Netizen, Ibu Puteri Balqis Pula Buka Mulut Perbuatan Jijik Bekas Suami!

Gempar media sosial semalam apabila klip pendedahan pelakon Puteri Balqis mengenai derita zaman kecilnya dimuat naik di laman YouTube menerusi satu sesi podcast.

 

Menurut pelakon berkenaan yang lebih mesra dengan panggilan Aqish mendakwa, bapanya merupakan seorang yang sangat teruk hingga dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Pendedahan berkenaan ternyata berjaya memancing pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan apa yang menimpa pelakon itu namun ada juga yang menuduh gadis itu membuka aib bapanya.

 

Terbaru, ibu Puteri Balqis pula membuat pendedahan mengejutkan berkenaan sikap bekas suaminya dahulu melalui hantaran di Instagram Story akaunnya. Ini berkemungkinan gara-gara ibunya sudah tidak tahan lagi dengan segala kritikan dan kecaman yang dilemparkan netizen buat mereka berdua.

Menurut ibunya, setiap kali tular kisah mengenai dia atau anaknya, pasti cerita-cerita di masa lalu akan diungkit kembali seperti kemunculan dalam rancangan Bersamamu, isu Forex, berhutang dan lain-lain.

 

Setiap kali itu juga, mereka berdua akan dikecam dengan pelbagai kata hinaan seperti mana selepas pendedahan yang dibuat Puteri Balqis mengenai sikap buruk ayahnya. Ibunya mempersoalkan kembali kecaman netizen yang menganggap anaknya membuka aib sedangkan penderitaan yang mereka lalui jauh lebih besar.

 

Ibunya juga turut menjelaskan isu masa lalu seperti kemunculan dalam rancangan Bersamamu yang dikatakan menipu orang ramai sudah ditolak 4 kali, hak mereka untuk mendapat pendapatan melalui Forex dan beberapa isu lain.

“Berjuta manusia trade Forex dan crypto, di YouTube sentiasa keluar tentang Forex berlainan platform. Jika Forex dan crypto mampu menjadikan orang Malaysia tidak lagi miskin, memperolehi education yang lebih sempurna, membantu mereka yang susah, why not? Adakah satu jenayah bagi seorang Forex trader?” tulisnya.

 

Susulan kecaman yang diterima berikutan pendedahan Puteri Balqis itu, ibunya pula mendedahkan sikap dan jenayah buruk sosok tubuh seorang lelaki bergelar suami dan ayah yang mendatangkan penderitaan dalam hidup mereka.

Wanita itu juga menjawab persoalan kenapa tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang mana jelasnya, bekas suaminya itu tidak pernah ditangkap dan tertangkap kerana dilindungi ‘kroni’ yang sangat ramai.

 

Di penghujung luahan hati wanita berkenaan, dia menolak untuk anaknya menyebut ‘doakan kami baik-baik sahaja’ kerana netizen akan mengungkit kebaikan itu jika sesuatu isu tercetus.

Tambahnya lagi, cukuplah sekadar doa antara mereka sahaja kerana mereka tidak memerlukan ‘doa-doa hipokrit’ daripada netizen. Sebagai ibu, wanita itu juga berharap dia dan anaknya akan terus kuat dan terus mencuba untuk kuat bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Semoga Puteri Balqis dan ibunya mendapat keadilan yang selayaknya serta dipermudahkan segala urusan. Buat netizen, tak semua benda kita tahu jadi adalah lebih baik berdiam diri dan doakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Berhenti lemparkan kata-kata kecaman dan hinaan jika tidak tahu pucuk pangkal sesuatu isu!

Post a Comment