Tidur Hanya 5 Jam Sehari, Ibu Ini Bukti Pengorbanan Terhadap Anak Dan Cucu – Manis Madu
Tidur Hanya 5 Jam Sehari, Ibu Ini Bukti Pengorbanan Terhadap Anak Dan Cucu

Tidur Hanya 5 Jam Sehari, Ibu Ini Bukti Pengorbanan Terhadap Anak Dan Cucu

Menurut mStar, ibu tunggal Yusnita Yussof, 53 yang bekerja seorang diri untuk mencari nafkah demi cucu dan anaknya yang kurang upaya itu kini terpaksa mencari rezeki seorang diri dengan meniaga nasi lemak di tepi jalan sejak kematian suami pada 3 tahun lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KL Foodie (@kl.foodie)

“Akak meniaga ni dah 21 tahun tapi sejak suami meninggal 2 tahun lepas akak meniaga sendiri jelah.

 

“Nak buat macam mana dah kita tinggal sendiri. Bangun jer pagi akak akan pergi pasar beli barang, siap masak angkat barang masuk van kemudian buka khemah dan tunggu pelanggan.

 

“Itulah kehidupan akak hari-hari”, ujarnya yang kini berniaga berhampiran medan selera  E1 di Selayang Jaya, Batu Caves, Selangor.

Yusnita Yussof meniaga nasi lemak di tepi jalan 03

Yusnita yang hanya bercuti pada hari Rabu berkata, hari untuknya berehat adalah sehari saja dalam seminggu dan hari lain beliau akan bekerja untuk mencari nafkah.

 

Setiap hari, beliau akan menyediakan 12 jenis lauk dan juga nasi lemak.

 

Selepas selesai Subuh, Yusnita akan pergi ke pasar untuk mencari daun pisang dan kemudiannya memasak lauk pauk untu diniagakan.

 

“Kadang-kadang pukul 2 petang baru siap semua cepat-cepat akak mandi dan terus ke tempat berniaga dan balik pula jam 7 malam.

 

“Kemudian malam akak akan tidurkan cucu dulu yang umur 8 tahun dan akak akan tidur dalam jam 1 pagi”, katanya dalam nada sedih.

Yusnita Yussof meniaga nasi lemak di tepi jalan 02

Selain rezeki untuk diri sendiri, Yusnita berkata dia sanggup bersusah payah untuk mencari rezeki demi menjaga anak sulungnya yang mengalami strok.

 

“Anak akak semua empat orang, yang sakit ni dulu kerja bodyguard pada seorang Dato jadi dulu dialah yang selalu bagi akak RM500 sebulan.

 

“Tahun 2019, dia jatuh dan ada pendarahan dekat otak, dia terus tak boleh gerakkan kaki dan tangannya.

 

“Isteri dia kerja kerani jadi akak tolong untuk belikan pampers dan susu sebab faham barang tu bukannya murah”, katanya.

Menurut doktor, anaknya itu akan sembuh dalam enam bulan namun sehingga kini hanya ada sedikit perubahan.

 

“Dulu akak semangat lepas doktor cakap dia akan sembuh dalam enam bulan tapi sekarang dah dua tahun.

 

“Tapi ada perubahanlah sebab dia macam dah boleh faham apa yang kami cakap dan boleh ketawa kecil”, ujarnya lagi.

 

Anaknya yang kurang upaya itu kini tinggal bersama isteri tidak jauh dari kawasan rumahnya.

 

Tambah Yusnita, dia juga terpaksa menjual rumah lama yang dibeli oleh arwah suaminya yang memerlukan bayaran sebanyak RM1,500 sebulan dan kini menyewa di sini dengan kadar sewa sebanyak RM650 sebulan.

 

“Pada akak janganlah kita berhutang”, ujarnya.

 

Nasihatnya pada wanita yang mengalami nasib yang sama adalah agar terus kuat dan sentiasa berdoa agar urusan dipermudahkan.

Post a Comment