Tip Penting Sebelum Beli Skincare, Elakkan Produk Yang Tak Sesuai Dengan Kulit! – Manis Madu
body oil

Tip Penting Sebelum Beli Skincare, Elakkan Produk Yang Tak Sesuai Dengan Kulit!

Penggunaan Skincare sebagai rutin harian sememangnya menjadi kebiasaan bagi kaum wanita. 

 

Selain dari berhabis duit untuk peralatan solek, wanita juga pasti akan menghabiskan duit yang banyak pada skincare

 

Pelbagai cara yang digunakan wanita untuk menjaga kesihatan kulit wajah antaranya dengan memanjakan diri ke facial, bersolek, memakai ramuan tradisional dan termasuk menggunakan set penjagaan wajah sebagai rutin harian. 

 

Kalau kita tengok di drug store berhampiran kita sahaja dah ada pelbagai jenis skincare dan brand yang berbeza.

 

Ada sesetengah wanita yang terlalu ghairah dan mudah terpengaruh untuk membeli sesuatu jenama atau jenis skincare lagi-lagi kalau produk itu tengah viral

 

Apa kata Maduners sabar dulu dan cuba tanya diri sendiri sama ada perlu atau tidak Maduners beli sesuatu skincare. Maduners kena faham bahawa lain orang lain jenis kulitnya.

#Baca Product Claim  Terlebih Dahulu

Baca Product Claim Terlebih Dahulu

Nak beli sesuatu produk pertama sekali anda kena tengok apa yang produk itu claim yang tertera di skincare tersebut. Ini adalah yang paling utama sebelum Maduners membeli sesuatu set penjagaan kulit. 

 

Apa yang jenama tersebut terangkan tentang sesuatu produk mestilah logik dan sesuai dengan bahan yang diiklankan dan tidak terlalu overclaim.

 

Sebagai contoh, ada sesetengah produk yang claim bahawa produk tersebut boleh memutihkan dalam masa 3 hari atau boleh detoks kulit. 

 

Jika ada produk yang claim seperti itu, Maduners disarankan untuk elak dari membeli produk atau brand berkenaan kerana dikhuatiri ada kandungan yang membahayakan untuk kulit muka korang.

#Semak Kandungan Produk Di Laman Web

Semak-Kandungan-Produk-Di-Laman-Web

Langkah kedua yang boleh Maduners lakukan sebelum membeli set penjagaan kulit adalah dengan menyemak fungsi kandungan sesuatu produk melalui laman web. 

 

Zaman sekarang dah maju, semua maklumat boleh didapati  hanya di hujung jari sahaja. 

 

Antara laman web yang boleh korang gunakan untuk mencari kandungan yang terdapat dalam sesuatu  produk seperti CosDNA, Skincarisma, INCIDecoder dan PC Ingredient Dictionary.

 

Laman web berikut dapat membantu Maduners mengenalpasti  apakah fungsi sebenar kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk. 

 

Maduners hanya perlu menulis nama produk yang nak dirujuk atau letakkan sahaja nama penuh produk di laman web yang dinyatakan.

#Baca Review Pelanggan Lain

Baca-Review-Pelanggan-Lain

Bagi mengelakkan dari tersalah beli produk yang tidak sesuai dengan kulit, anda juga boleh melihat dan membaca review produk tersebut terlebih dahulu.

 

Tip ini boleh menguatkan lagi sebab untuk Maduners beli sesetengah produk mengikut kesesuaian dan keperluan kulit masing-masing.

 

Melalui review yang dibuat, Maduners dapat melihat secara kasar mengenai bau produk, tekstur, warna dan sebagainya sebagai rujukan sebelum buat keputusan untuk membeli.

Akhir sekali barulah anda boleh membeli dengan tenang dan yakin!

 

Maduners juga disarankan beli produk-produk di kedai atau cawangan yang sah dan dipercayai supaya tidak menimbulkan isu yang lain pula nanti.

 

Apa-apa pun kunci utamanya adalah perlu sabar dan pastikan jenis kulit anda macam mana terlebih dahulu baru boleh pergi ke langkah seterusnya!

Post a Comment