Tips Jimat Elektrik Dari Che Nom, Betul Atau Tidak?
Sejak kita berkurung di rumah berhari-hari kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bil elektrik dan bil api juga mencanak-canak naik kan?
Antara faktor bil melambung naik adalah penggunaan pendingin hawa, peti sejuk, penapis air minuman yang mana memerlukan tenaga elektrik yang banyak terutama ketika cuaca panas.
Melalui pengkongsian di Facebook, seorang youtuber masakan dikenali sebagai Che Nom ada berkongsi tips bagaimana cara untuk menjimatkan elektrik.
Che Nom berkata, dia menggunakan pemasa pada water filter yang dipasang pada plug point untuk on dan off water filter berkenaan mengikut masa tertentu.
“Water filter ni terpaksa bekerja sepanjang masa untuk menyejukkan dan memanaskan air dalam simpanan. Dengan adanya timer ni kita boleh off waktu tak pakai.
Contoh off jam 12 tengah malam dan on 6 pagi dan semuanya dilakukan secara automatik,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat warganet yang bersetuju namun ada juga di antara mereka yang kurang bersetuju dengan saranan Che Nom itu.
Namun, petikan kata-kata daripada Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh melalui satu artikel daripada Berita Harian mungkin boleh menyokong saranan Che Nom tentang penjimatan elektrik.