Tonton Secara Maya, Pesta Bunga Tulip Di Istana Arundel – Manis Madu

Tonton Secara Maya, Pesta Bunga Tulip Di Istana Arundel

Antara berita menyedihkan sewaktu krisis Covid-19 ini adalah Istana Arundel masih ditutup yang mana menyebabkan pembatalan pesta bunga tulip 2020.

Tapi jangan risau kerana Maduners masih boleh saksikan kecantikan bunga tulip menerusi alam maya!

Menurut ketua pekebun di Istana Arundel, Martin Duncan, pekerja di Istana Arundel telah mengambil inisiatif untuk memuat naik gambar dan juga video bunga tulip di Istana Arundel untuk dilihat dan ditonton oleh orang ramai secara alam maya.

“Kami tidak mahu titik peluh dan usaha kami untuk menjayakan pesta ini menjadi sia-sia, jadi kami gembira dapat mempamerkan hasil kerja kami dan membiarkan semua orang melihat paparan bunga tulis secara atas talian” kata Martin Duncan.

Terdapat lebih daripada 80,000 bunga tulip dan 180 variasi bunga tulip yang berbeza dipaparkan secara atas talian untuk mereka yang tidak dapat berkunjung ke Istana Arundel disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Maduners boleh melihat kecantikan bunga tulip tersebut menerusi https://tulipfestival.co.uk/.

Post a Comment