Tony Roma’s Malaysia Belanja Abang Rider Sepanjang Bulan Ramadhan – Manis Madu

Tony Roma’s Malaysia Belanja Abang Rider Sepanjang Bulan Ramadhan

Tony Roma’s Malaysia menghargai pengorbanan “Abang Rider” yang banyak membantu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan memberikan hidangan berbuka puasa secara percuma sepanjang bulan Ramadhan ini. Setiap seorang “Abang Rider” yang menghantar pesanan makanan dari Tony Roma’s bermula 6 petang hingga 7 malam akan diberikan hidangan “Pek Berbuka Puasa” secara percuma!

Bagi peminat setia Ribs & Steak, sudah pasti korang cukup familiar dengan Tony Roma’s. Buat pengetahuan korang semua, sepanjang tempoh PKP ini, perniagaan Tony Roma’s telah beralih kepada penghantaran ke rumah dan bawa pulang sejak 15 April yang lalu. Korang boleh menghubungi rakan khidmat penghantaran makanan seperti GrabFood, FoodPanda dan HUNGRY. Bagi yang ingin Take Away, korang boleh menghubungi cawangan yang mengambil bahagian dan membuat tempahan awal. Tony Roma’s juga berkerjasama dengan Lala Move, Grab Express dan BungkusIt untuk memudahkan pelanggan menikmati hidangan kegemaran dalam keadaan selamat dan selesa serta tetap #DudukRumah.

Tony Roma’s menggesa orang ramai dan pelanggan untuk menyokong #BelanjaAbangRider dengan memesan hidangan kegemaran untuk berbuka puasa di rumah. Pelbagai promosi yang cukup menarik sepanjang bulan Ramadhan ini dari Tony Roma’s, antaranya BBQ Chicken Strip and Pasta Salad, Crispy Chicken Strip with Asian Dessing and Mediterranean Rice dan Crispy Breaded Fish with Asian Dressing and Aromatic Rice dengan hanya RM12 sahaja untuk setiap satu hidangan! Menarik bukan?

Selain itu juga, terdapat potongan harga sebanyak 30% untuk hidangan Lunch Entrée yang setiap satu dihidangkan dengan satu minuman berkarbonat pilihan pelanggan.

Banyak lagi hidangan pembula selera, burger dan pasta untuk dipesan dan dihantar terus ke rumah anda.

 

Untuk mengetahui tawaran terbaru dari Tony Roma’s, sila layari www.tonyromas.com.my atau laman sosial Facebook/TRMalaysia, Instagram @trmalaysia dan Twitter /TRMAMALAYSIA1.

 

Jadi, tunggu apa lagi. Korang boleh order juadah untuk berbuka nanti, disamping itu, sambil melakukan amal ibadah buat “Abang Rider” kita.

 

Selamat Berbuka.

Post a Comment