Top 5 Best Netflix Series To Watch During Covid-19 – Manis Madu

Top 5 Best Netflix Series To Watch During Covid-19

Wabak Covid-19 ni semakin hari semakin teruk Madu tengok di paparan berita dan di media sosial. Tetapi jangan panik Maduners. Asalkan Maduners tak keluar rumah dan berkumpul dalam kumpulan dah cukup untuk terhindar dari wabak tersebut.

 

Jadi, Madu sarankan Maduners buka Netflix kat rumah dan tonton cerita romantik yang boleh buat Maduners terhibur buat masa kuarantin ini. Artikel ini Madu akan kongsikan kat korang siri yang best di Netflix berdasarkan pilihan hati Madu. Jom #Netflixandchills ualls!!

5. BUSTED!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Busted! (@bustednetflix) on

Lebih dikenali sebagai The Criminal Is You ialah sekumpulan detektif yang dikumpulkan oleh lelaki misteri bernama K, untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku di Korea. Maduners juga akan terhibur menonton kerana elemen yang digunakan untuk menghasilkan cerita ini sangat kelakar dan juga serius pada masa yang sama bila nak selesaikan kes pembunuhan ni. Alang-alang tu bolehlah Maduners cuba selesaikan kes ini bersama mereka.

4. Love is Blind

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Love is Blind (@loveisblindnetflix) on

Cinta tu memang buta ke atau berdasarkan kata-kata orang? 30 peserta lelaki dan wanita yang menyertai show ini harus cuba untuk mencari cinta sejati mereka tanpa berjumpa dengan mereka. Mampukah mereka mengetahui pasangan mereka itu adalah cinta sejatinya? Bagi Maduners yang masih single mingle boleh lah tonton dating reality series ini di Netflix.  Haaa, jom kita tonton bersama!!

3. Hotel Del Luna

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hotel Del Luna 호텔델루나 (@hotel_del_luna_) on

Kisah cinta antara hantu dan manusia ni akan buat Maduners geli hati melihat gelagat mereka apabila bercinta. Dua dunia yang berbeza dan mereka ditakdirkan untuk bertemu di Hotel Del Luna. Melodrama ini juga akan buat Maduners fangirling dengan pelakon utama yang berlakon dalam siri ni. Hehehe

2. Crash Landing On You

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CRASH LANDING ON YOU 🌈 (@crash_landing_on_you) on

Maduners yang inginkan melodrama yang romantik bolehlah tonton cerita ini! Madu pun terhibur menonton kerana jalan ceritanya sangat unik dan menarik! Seorang perempuan dari Korea Selatan bertemu dengan lelaki di Korea Utara. Wah! Dah lah di Korea Utara sangat ketat peraturanya tetapi boleh ke mereka berdua ni bercinta? Haaa jom saksikan drama ini bersama Maduners!

1. F.R.I.E.N.D.S

 

View this post on Instagram

 

It’s happening… #FriendsReunion @hbomax

A post shared by Friends (@friends) on

Cerita ini masih popular walaupun ia sudah lama ditayangkan pada tahun 2003. Jom ikuti kisah pahit manis sahabat karib ni dalam cerita F.R.I.E.N.D.S yang tinggal di Bandar Manhattan. Maduners pasti akan gelak terbahak-bahak melihat telatah mereka bila bersama.

 

Itu sahaja dari Madu. Harap Maduners nikmati masa ni untuk berehat dan dapat kurangkan rasa panik tu. Madu berdoa agar Maduners selamat dan terhindar dari wabak Covid-19 ni. Stay safe, Maduners!

Post a Comment