TOP 5 Lagu Wajib Karaoke, Jangan Duduk Malaysia Kalau Tak Lagu-Lagu Ini! – Manis Madu
Top 5 Lagu Wajib Karaoke di Malaysia

TOP 5 Lagu Wajib Karaoke, Jangan Duduk Malaysia Kalau Tak Lagu-Lagu Ini!

Bila dah ada kat pusat karaoke, mesti akan ada lah senarai lagu-lagu wajib yang memang akan masuk dalam list dulu kan ?

 

Jadi hari ini Madu nak senaraikan lagu karaoke yang wajib Maduners dendangkan dengan suara lunak anda!

#5 Jerat Percintaan – Dato Sri Siti Nurhaliza

Kalau tak tahu lagu ini memang sah bukan rakyat Malaysia !

 

Siapa jerr yang tak tahu lagu ini? Bila dah masuk part ‘Aku bertanya sendiri, apakah akan terjadiiiii…’ haaa memang semua dah naik hantu kan?

 

Lagu-lagu Dato Siti Nurhaliza sebenarnya memang jadi pilihan kaki karaoke tapi yang ini memang paling berhantu!

#4 Ku Rela Dibenci – Aiman Tino

‘Mengitung menunggu mati….’, lirik kontroversi waktu Anugerah Juara Lagu dulu tapi apakan daya, lagu ini memang sesuai dengan kaki-kaki jiwang karaoke kan ?

 

Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2016 tapi melodinya memang seakan-akan lagu jiwang tahun 90-an dan itulah sebab lagu ini selalu kedengaran di bilik-bilik karaoke!

#3 Sejati – Wings

Ya, lagu Sejati ini selain dari dinyanyikan di pusat-pusat karaoke, lagu ini juga sering menjadi pilihan untuk siapa yang bertanding karaoke.

 

Sebab apa? Sebab key lagu ini yang sangat tinggi dan pada siapa yang berjaya sampai pitch itu memang akan menang punyalah!

#2 Isabella – Search

‘Isabella adalah..kisah cinta dua..dunia..’ fuh, baca lirik ini pun dapat bayangkan melodi lagu ini.

 

Lagu ini adalah antara lagu berhantu, bukan saja di Malaysia bahkan juga di Indonesia, Brunei dan Singapura!

 

Lagu ciptaan Dato M. Nasir dan hasil nukilan lirik dari Bob Lokman ini boleh dikatakan pernah mencipta fenomena suatu ketika dulu sebab memang lain macam aura lagu ini !

 

Betul tak lagu ini lagu wajib karaoke anda ?

#1 Putus Terpaksa – Ziana Zain

Fuhhh! Bila sebut nama Ziana Zain, memang boleh digelar Ratu Karaoke sebab lagu-lagu dia memang akan selalu menjadi pilihan pertama bila masuk bilik karaoke!

 

Tapi Putus Terpaksa penangan dia lain macam sikit sebab lagu ini ada aura dia tersendiri, melodi yang sedap, lirik yang puitis serta memerlukan teknik nyanyian yang padu!

 

Jadi, tak pelik kalau lagu ini jadi pilihan ramai bila ada di pusat karaoke.

 

Kiranya kalau dapat capai high note Putus Terpaksa ini memang dia juara di pusat karaoke itu!

 

Jadi macam mana, setuju tak dengan pilihan lagu top karaoke dari Madu?

Post a Comment