Top 5 Tempat Menarik Untuk Kaki Hiking, Pernah Dengar Tentang Bukit Sosodikon? – Manis Madu
Top 5 Tempat Menarik Untuk Kaki Hiking, Pernah Dengar Tentang Bukit Sosodikon

Top 5 Tempat Menarik Untuk Kaki Hiking, Pernah Dengar Tentang Bukit Sosodikon?

Maduners sukakan aktiviti lasak? Inilah tempat-tempat yang indah untuk mengembara di Malaysia!

 

Antara aktiviti yang Yaya rasa boleh dijadikan sebagai rutin mingguan untuk Maduners di luar sana ialah hiking.

Tapi kenapa ehh? Haa! Hiking ini sebenarnya aktiviti berjalan sahaja tetapi mencabar berdasarkan trek yag dipilih dalam masa yang sama dapat menikmati keindahan alam dan juga meningkatkan motivasi diri untuk sihat.

1. Taman Rimba Templer (Templer Park)

Lokasi: Rawang, SelangorΒ 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TPRR (@templerparkrainforestretreat) on

Mengikut info yang dinyatakan oleh Lokalocal, Templer Park merupakan lokasi mengembara yang agak senang, sesuai untuk Maduners yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking.

 

Bukan setakat hiking jer, Maduners pun boleh bermandi-manda di air terjun dan juga berkelah bersama yang tersayang. Tapi, jangan lupa untuk jaga kebersihan tempat awam ya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Travel with SHOSHI (@aminshoshi) on

2. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Waze: Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vithya Shaline Jaggarao (@vithya.j) on

Taman Eko Rimba KL sangat menarik perhatian Yaya untuk dilawati kerana pemandangan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang hijau. Sesuai untuk gegirls yang nak OOTD, sunkissed gituuu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AΜ„shley (@ashleylimjinq) on

Sebenarnya, Yaya dah pernah cuba untuk mengembara di Taman Eko Rimba KL, tapi malangnya sejurus sampai di pintu masuk, tutup pula! Tapi faham jer, kita pun masih dalam tempoh PKPP.

3. Gunung Angsi

Lokasi: Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YASWIN SIVANESAN (@yaswin_sivanesan) on

Kalau Maduners nak mendaki Gunung Angsi, pastikan pergi dengan seseorang yang berpengalaman ataupun mereka yang dipanggil sebagai mountain guide.

 

Tempoh mendaki dianggar dalam 5 hingga ke 7 jam, lamanya! Jadi, lebih baik ada mereka yang berpengalaman untuk teman sewaktu perjalanan mendaki ke puncak gunung.

 

Maduners boleh pilih hendak mula mendaki sama ada dari permulaan Ulu Bendul ataupun Bukit Putus.

 

Tips! Kalau nak lebih mudah boleh pilih trek Bukit Putus kerana trek pendakiannya lebih landai dan kalau nak yang mencabar sedikit boleh pilih trek Ulu Bendul kerana banyak melalui anak-anak sungai dan memanjat akar-akar kayu!

4. Gunung Jerai

Lokasi: Daerah Yan, Kedah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Hafiz β™‘ (@hfz.co) on

Untuk pengetahuan Maduners, Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi di Kedah! Udara di puncak Gunung Jerai juga sangat dingin dan bersih, sesuai untuk menenangkan diri.

 

Walaupun masa untuk mendaki dalam 4 hingga 5 jam, dan tahap kesukaran sederhana, Yaya boleh jamin yang Maduners akan berpuas hati apabila sampai di puncak. Pemandangan di atas sangat breath-taking! Githewww!

5. Bukit Sosodikon

Waze: Sosodikon Hill Kundasang, Kg, Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Kundasang.

Bukit ini dahulunya digelar sebagai Pyramid Hill, kini lebih dikenali sebagai Bukit Sosodikon Hill Kundasang.

 

Bertempat diΒ  Sabah, Bukit Sosodikon merupakan antara tempat harus lawati dalam bucket list Yaya! Menarik tentang Bukit Sosodikon ialah bila Maduners dah sampai ke atas bukit, Maduners boleh bergambar berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang memang cantik dah jelas!

Kalau Maduners nak tahu, lagi curam sesuatu bukit atau gunung yang anda semua daki, lagi banyak kalori badan akan terbakar! Jadi, apa tunggu lagi? Dah boleh cari partner atau kawan-kawan Maduners untuk amalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti hiking!

Post a Comment