Tourism Selangor Global Convention 2021 Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini! – Manis Madu
Tourism Selangor Global Convention 2021 Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini!

Tourism Selangor Global Convention 2021 Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini!

Pandemik Covid-19 cukup memberi impak besar terhadap industri pelancongan. Bahkan ada juga yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu ‘survive’ pasca pandemik.

 

Pasca Covid-19 sekarang menyaksikan, ramai peniaga yang cuba bangkit kembali demi kelangsungan hidup. Begitu juga dengan sektor pelancongan. Kita dapat lihat sudah semakin banyak tempat percutian dibuka kembali dan meriah dengan sambutan!

 

Hari ini bersamaan 10 Disember 2021, pihak Tourism Selangor secara rasminya telah melancarkan Tourism Selangor Global Convention 2021 (TSGC2021), sebuah persidangan hibrid yang berlangsung selama dua hari.

tourism selangor (1)

Pelancaran TSGC2021 ini dilihat sebagai salah satu usaha pemulihan industri pelancongan di skala global dan akan membentangkan pelbagai topik daripada penceramah jemputan dari pelbagai sektor bertujuan untuk membaik-pulih industri pelancongan.

 

Acara ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di hadapan 2,000 tetamu fizikal dan maya pagi ini. Acara ini dianjurkan secara fizikal di New World PJ Hotel dan telah dihadiri oleh 300 tetamu. Bilangan peserta yang dibenarkan hadir di dewan acara ini adalah terhad, dan hanya hadir melalui jemputan sahaja. 

 

Pelancaran pagi tadi disusuli dengan Persidangan TSGC2021 terdiri daripada ‘Pelancongan Digital 4.0 dan Industri E-Dagang’ serta ‘Inovasi dan Kepelbagaian dalam Kelangsungan Perniagaan Pelancongan Semasa Pandemik’.

 

Persidangan ini akan diteruskan pada esok hari dengan pelbagai topik menarik seperti ‘Pengaruh untuk Destinasi Pelancongan’, ‘Pelancongan Sukan’, ‘Pelancongan Kreatif dan Industri Filem’ dan ‘Dialog Pelancongan Tahap Eksekutif’`

 

Persidangan ini juga turut dihadiri oleh personaliti hebat seperti YBhg. Che Puan Juliana Evans, Duta Kempen Pusing Selangor Dulu, Cik Ahirine Ahirudin, wartawan dan peminat sukan. Kedua-duanya dijemput menjadi moderator untuk topik di bawah bidang masing-masing.

Tourism Selangor

Selain itu, penceramah jemputan untuk topik-topik yang akan dibincangkan juga bukan calang-calang orang! Tourism Selangor menampilkan Encik Rhys William dari Mat Salleh Cari Makan; Chef Selebriti Malaysia – Chef Zam; Encik Mark Joseph O’Dea, Pencipta Kandungan & Penghibur; Encik Jazeman Jaafar – Pemandu Lumba Antarabangsa Malaysia, dan Cik Karen Loh, pengasas Malaysia Women Marathon.

 

Rugi sangat kalau Maduners tak sertai persidangan berprestij ini. Dari moderator hingga penceramah, semuanya orang-orang hebat dan berpengaruh!

Tourism Selangor

Meskipun tetamu fizikal hanya dihadkan kepada 300 orang, acara ini boleh disertai secara maya dari jam 9 pagi hingga 5 petang bermula 10 – 11 Disember 2021 melalui www.tsglobalconvention.com. Pendaftaran adalah PERCUMA dan ramai telahpun berdaftar dan mengikuti persidangan ini secara maya!

 

Untuk maklumat lanjut, Maduners boleh e-mel ke info.tsgc2021@tourismselangor.my. 

 

Maduners juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini.

Post a Comment