Tourism Selangor Lancar Konvensyen Global Demi Penetapan Semula Industri Pelancongan Tahun 2022! – Manis Madu
Tourism Selangor Lancar Konvensyen Global Demi Penetapan Semula Industri Pelancongan Tahun 2022!

Tourism Selangor Lancar Konvensyen Global Demi Penetapan Semula Industri Pelancongan Tahun 2022!

Wabak Covid-19 yang melanda dunia bukan sahaja meranapkan ekonomi negara tetapi turut menjejaskan hampir semua industri di Malaysia. 

 

Industri pelancongan menjadi antara industri paling ‘sakit’ berdepan wabak ini.

 

Sehubungan dengan itu, Tourism Selangor Global Convention 2021 (TSGC 2021) akan bertindak sebagai pemangkin ke arah mendorong perubahan ketara bagi memastikan kejayaan penetapan semula industri pelancongan untuk tahun 2022. Tourism Selangor, milikan penuh Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI Selangor) akan julung kalinya menganjurkan Konvensyen bertaraf global pada 10 dan 11 Disember bertempat di hotel New World Petaling Jaya.

Tourism Selangor

Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, kejayaan program vaksinasi negara sudah menghampirkan kita membina imuniti kelompok di Malaysia. Pelancongan antarabangsa yang dijangka pulih bermula 2022 juga menjadi khabar baik buat industri pelancongan di negara ini.

Tourism Selangor

“Kebanyakan penduduk telah pun menerima dos penuh vaksinasi dan mengikut kadar semasa, kita sudah hampir membina imuniti kelompok di Malaysia. 

 

“Dengan pelancongan antarabangsa dijangka pulih bermula 2022, para pelabur akan melihat pada prospek pembukaan semula hotel, mercu tanda dan kawasan terkemuka lain,” katanya.

 

TSGC 2021 akan menampilkan barisan ahli perniagaan ternama dan individu-individu berpengaruh untuk berkongsi pendapat mereka tentang masa depan industri pelancongan. 

 

Antara individu tersebut termasuk Che’ Puan Juliana Evans – pelakon, selebriti, dan duta Kempen Pusing Selangor Dulu Tourism Selangor, Jazeman Jaafar – Pemandu Lumba Antarabangsa Malaysia, dan Chef Zam – Chef Selebriti Malaysia. Personaliti utama dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), dan ShopeePay akan turut hadir pada hari acara.

Tourism Penang

Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk Pelancongan Digital 4.0 dan E- Dagang, Inovasi dan Kepelbagaian dalam Kelangsungan Perniagaan Pelancongan Semasa Pandemik, Pengaruh untuk Destinasi Pelancongan, Pelancongan Sukan, Pelancongan Kreatif dan Industri Filem, serta Dialog Pelancongan Tahap C.

 

Selain itu, ‘Pusing Selangor Dulu Travel Fair’ akan berlangsung sebelum TSGC 2021 daripada 3 sehingga 5 Disember dari 10 pagi hingga 10 malam di Concourse Square, Paradigm Mall. Ruang pameran dibuka untuk kunjungan para pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya. 

 

Acara ini akan menawarkan pakej pelancongan eksklusif serta pameran  oleh MAS Golden Holidays, Jump Street Asia, SkyMirror Travel & Tours, Sunway Lagoon, dan Skytrex Adventure, Sg Chongkak.

 

Menyusuli Konvensyen ini, pelbagai pocket events akan dilangsungkan termasuk Malaysia Tourism Council Gold Awards 2021 pada 9 Disember ini, di mana pihak Tourism Selangor merupakan rakan strategik bagi acara ini. 

 

Sementara itu, permohonan bagi Geran Bantuan Kewangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan Negeri Selangor kini dibuka kepada umum sehingga 31 Disember ini. Dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0, inisiatif ini adalah bertujuan untuk memulihkan serta mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor, dalam menangani impak pandemik Covid-19.

 

Dalam masa sama, bagi memastikan keselamatan orang ramai, penyertaan untuk TSGC 2021 adalah melalui jemputan sahaja. Walau bagaimanapun, persidangan 2 hari tersebut akan disiarkan secara langsung dari 9 pagi hingga 5 petang untuk tontonan orang ramai di www.tsglobalconvention.com.

 

Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel info.tsgc2021@tourismselangor.my.

Post a Comment