“Trashy But Classy?” Balenciaga Keluarkan Beg Sampah Paling Mahal Dunia Pula! – Manis Madu
“Trashy But Classy_” Balenciaga Keluarkan Beg Sampah Paling Mahal Dunia Pula!

“Trashy But Classy?” Balenciaga Keluarkan Beg Sampah Paling Mahal Dunia Pula!

Jenama fesyen mewah, Balenciaga memperkenalkan produk terbaru iaitu Trash Pouch yang boleh dianggap sebagai ‘beg sampah’ paling mahal di dunia yang dijual dengan harga AS$1,790 (RM7,974), baru-baru ini.

 

Difahamkan, item berkenaan direka dan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Pertunjukan 360° Musim Sejuk 2022. Pertunjukan itu juga menampilkan tema merangkumi aksesori fesyen yang melampau atau exaggerated fashion accessories.

 

Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. Namun kenapa harganya begitu mahal?

Menurut laporan Portal New York Post, keluaran terbaru itu dibuat daripada kulit anak lembu dan ditambah pula dengan logo popular Balenciaga itu sendiri.

 

Perkara ini juga tidak pelik kerana Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar biasa dan eksperimen sosial.

 

“Balenciaga hanya mahu melihat siapa yang cukup bodoh untuk membeli barangan itu. Mereka menjual beg sampah pada harga AS$1,790. Mesti akan ada seseorang yang akan memberitahu saya ia adalah seni,” tulis seorang pengguna Twitter.

 

Pengarah Kreatif syarikat itu sendiri, Demna Gvasalia, dikatakan terhibur dengan idea penghasilan beg itu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat beg plastik sampah paling mahal di dunia, kerana menurutnya, “Siapa yang tidak sukakan skandal fesyen?”.

Post a Comment