Trauma Lihat Rakan Dibaham Ular Sawa, Kucing Tak Henti-Henti Berlari Ketakutan Dalam Sangkar! – Manis Madu
Trauma Lihat Rakan Dibaham Ular Sawa, Kucing Tak Henti-Henti Berlari Ketakutan Dalam Sangkar!

Trauma Lihat Rakan Dibaham Ular Sawa, Kucing Tak Henti-Henti Berlari Ketakutan Dalam Sangkar!

Baru-baru ini, satu hantaran di laman Twitter mendapat perhatian warganet mengenai seekor ular sawa yang dikatakan telah membaham seekor kucing di sebuah kediaman.

Apa yang menjadi perhatian dalam video tersebut adalah kelakuan seekor kucing lain yang kelihatan seperti tidak tentu arah di dalam sangkarnya. Dipercayai kerana ketakutan dan mengalami trauma selepas menyaksikan ‘rakannya’ dibaham reptilia tersebut.

 

“Seekor kena baham warna hitam putih. Kucing lain semua trauma sebab depan mata diorang,” tulis keterangan dalam video tersebut.

 

Pemilik video berkenaan juga meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku selain merasa pelik bagaiman ular sawa itu boleh masuk ke sangkar kucingnya sedangkan sangkar tersebut bersaiz kecil.

 

“Sedih tengok perut ular tu kembung, ada kucing aku,” luahnya.

 

Meninjau ke ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa simpati terhadap kucing-kucing tersebut samada yang dibaham atau yang menyaksikan kejadian itu.

 

“Somebody pls peluk kucing tu. Kesiannya dia trauma,”

 

“Trauma sehari dua tengok kucing kena baham depan mata. Paling tak boleh tahan dengar bunyi tulang dia patah,”

 

“Tak tahu nak cakap apa. Kesian kucing yang kena baham dan kesian juga kucing bawah sangkar tu, trauma teruk,”

 

Nak salahkan ular pun tak boleh juga sebab kitaran makanan dia. Semoga pemilik kucing-kucing ini tabah!

Post a Comment