Tuah Menang 3 Kereta Volkswagen Dari MEERACLE, Wakil Jualan Tergamam di Pentas! – Manis Madu
The Rising Star of Meeracle-Hadiahkan Volkswagen

Tuah Menang 3 Kereta Volkswagen Dari MEERACLE, Wakil Jualan Tergamam di Pentas!

Tidak henti setakat itu sahaja, dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Equatorial Kuala Lumpur semalam, MEERACLE sekali lagi menghadiahkan tiga buah kereta mewah Volkswagen buat tiga orang wakil jualannya yang mengumpul jualan terbanyak melalui kempen ‘The Rising Star’ yang berlangsung selama tujuh bulan bermula Ogos 2020 hingga Mac 2021.

Meeracle Rising Star Award 02-768

Dalam majlis yang mewah bertemakan Sparkling Glam tersebut, tiga orang wakil jualan dari tiga level berbeza telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Volkswagen berlainan model.

 

Tiga orang wakil jualan tersebut adalah Nur Fazidar telah memenangi Volkswagen Polo (Top Pearl), Nurul Hidayah dengan Volkswagen Vento (Top Ruby) dan juga Zaida Jamain membawa pulang Volkswagen Tiguan (Top Diamond).

Meeracle Rising Star Award 03_768

Bella Luna yang merupakan Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi MEERACLE menyifatkan sokongan dan kerjasama yang baik antara wakil jualan dan MEERACLE merupakan kunci utama kepada setiap kejayaan yang berjaya dicapai.

 

‘Kami akan terus menyokong dan memberi dorongan kepada ejen-ejen dan ini juga merupakan antara bukti yang menunjukkan MEERACLE sentiasa ada bersama anda sebagai wakil jualan kami”, ujarnya lagi.

The Rising Star of Meeracle_Pemenang 01
The Rising Star of Meeracle_Pemenang 02
The Rising Star of Meeracle_Pemenang 03
The Rising Star of Meeracle_Pemenang 04

Majlis yang gilang gemilang itu juga dihadiri duta rasmi MEERACLE iaitu Scha Al Yahya yang berpendapat bahawa kesemua wakil jualan MEERALCE mencapai sesuatu yang sangat luar biasa.

 

‘Scha tahu betapa susahnya nak capai sesuatu macam ni dan Scha nak ucapkan terima kasih sebab sudi bawa Scha bersama dalam keluarga MEERACLE’, tegas Scha ketika ditemubual.

 

Sekalung penghargaan kepada MEERACLE yang sentiasa menjadikan wakil jualan sebagai keluarga utama dan juga menghargai setiap titik peluh yang diberikan.

 

Jom Maduners jadi keluarga MEERACLE ! Kalau 7 bulan pun boleh dapat Volkswagen, apa lagi kalau bertahun-tahun ?

 

Pulun habis-habisan !

The Rising Star of Meeracle

Post a Comment