Tubuh Dikerat & Kepala Dipenggal, Jurusolek Muda Mangsa Pembunuhan Kejam! – Manis Madu
Jurusolek Muda Mangsa Pembunuhan Kejam

Tubuh Dikerat & Kepala Dipenggal, Jurusolek Muda Mangsa Pembunuhan Kejam!

Menurut laporan Dailystar, seorang gadis berusia 19 tahun dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan kejam di Almaty, Kazakhstan.

Mayat Ayazhan Edilova yang juga seorang jurusolek dipotong beberapa bahagian, kepalanya dipenggal kemudian dididihkan dalam periuk!

 

Dalam pada itu, beberapa bahagian tubuh gadis berkenaan juga ditemui di kawasan pembuangan sampah di sebuah flat kediaman suspek. Di flat yang sama, turut ditemui bahagian tubuh kedua mangsa.

 

Sementara itu, polis turut mengesyaki Ayazhan berkemungkinan telah diperkosa terlebih dahulu sebelum dia dibunuh.

Rakaman kamera litar tertutup dari tempat kejadian menunjukkan Ayazhan memasuki lif bersama suspek dengan sukarela

Sumber gambar: dailystar.co.uk

Rakaman kamera litar tertutup dari tempat kejadian menunjukkan Ayazhan memasuki lif bersama suspek dengan sukarela.

 

Susulan jenayah kejam berkenaan, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun bernama Ruslan yang merupakan seorang pelatih ahli farmasi.

Post a Comment