Tular Lukisan Potrait Harga 50 Sen Di Shopee, Warganet ‘Support’ Hingga ‘Sold Out’ – Manis Madu
Tular Lukisan Potrait Harga 50 Sen Di Shopee, Warganet ‘Support’ Hingga ‘Sold Out’

Tular Lukisan Potrait Harga 50 Sen Di Shopee, Warganet ‘Support’ Hingga ‘Sold Out’

Jika kita perhatikan, di situasi pandemik ini ramai individu mengambil inisiatif memulakan perniagaan untuk menampung kehidupan harian.

jualan kreatif

Pelbagai jenis jualan kreatif dimulakan untuk menarik minat pelanggan walau hanya dalam talian dan hasilnya tidak mengecewakan!

 

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila seorang lelaki mempromosikan perkhidmatannya melukis potret dengan harga yang sangat murah!

 

“Hi, saya jual lukisan di Shopee. Harga serendah RM0.50 sahaja. Jangan lupa support business kecil-kecilan saya,”

Lukisan yang dijual melalui platform Shopee itu boleh didapati dengan hanya 50 sen hingga 80 sen dan tempahan korang dapat disiapkan dalam masa 2 jam sahaja.

 

Lukisan lelaki yang dikenali sebagai Muhd Adib Afdzal ini mendapat perhatian warganet bukan sahaja kerana harganya namun hasil sentuhannya juga.

 

Rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dengan lukisan yang dihasilkan di samping memuji usahanya kerana melakukan perniagaan kreatif seperti ini.

Dalam pada itu ramai juga yang kecewa dan berpatah hati kerana tidak sempat membeli lukisan lelaki berkenaan kerana sudah ‘sold out’!

Bukan calang-calang sokongan dari warganet terhadap idea kreatif lelaki ini. Bagi sesiapa yang tak sempat beli, korang kena tunggu sampai dia ‘open order’ kembali ya!

Post a Comment