Tular! Wanita Pukul Kanak-Kanak Guna Batang Penyapu, Netizen Harap Pelaku Dikenakan Tindakan
Kecoh di media sosial apabila satu video yang memaparkan seorang wanita melakukan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak kecil menggunakan sebatang penyapu.
Video berdurasi 23 saat yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan wanita tersebut memukul kanak-kanak lelaki terbabit beberapa kali di bahagian lengan dan muka selain dilihat meletakkan batang penyapu seolah-olah ‘mencekik’ leher kanak-kanak itu.
sebab makan kena pukul sampai macamtu? gilaa pic.twitter.com/WsEKPWU1Fe
— aqiel 🇵🇸 (@theaqil_) July 22, 2022
Ketika kejadian tersebut berlaku, seorang individu turut dilihat berada di meja makan namun sekadar membiarkan penderaan tersebut berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan perbuatan itu.
Dalam satu video lainnya, kanak-kanak lelaki itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju berkali-kali dan menangis kesakitan.
Individu yang memuat naik video dikenali sebagai Aqiel memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan berharap netizen menggunakan kuasa masing-masing untuk menularkan video berkenaan.
Rata-rata netizen menghamburkan kemarahan dan meluahkan rasa tidak puas hati melihat kekerasan yang dilakukan terhadap kanak-kanak lelaki itu.
Geramnya tengok! Apa sangat kesalahan budak itu sampai dipukul sebegitu? Harapnya dengan kuasa tular netizen, pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk mengesan pelaku tidak bertanggungjawab tersebut!