Tutup Muka Sebab Takut Jarum, Jururawat Menyakat Penerima Vaksin Sampai Menangis! – Manis Madu
Tutup Muka Sebab Takut Jarum, Jururawat Menyakat Penerima Vaksin Sampai Menangis

Tutup Muka Sebab Takut Jarum, Jururawat Menyakat Penerima Vaksin Sampai Menangis!

Sehingga hari ini pastinya ramai yang sudah mendapatkan suntikan vaksin masing-masing dan pelbagai kerenah dapat kita lihat sepanjang program imunisasi ini berlangsung.

 

Baru-baru ini tular satu video berkenaan seorang jururawat menyakat salah seorang penerima vaksin sehingga menangis.

@mardi_____Da gurau2 dengan dia tibe2 pulok dia nanges lepas kite cucuk die aduh terus rase serbe salah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ comel betul laa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚โ™ฌ original sound – ๐‘€ ๐ด ๐‘… ๐ท ๐ผ ๐ด ๐‘ ๐ด ๐Ÿ’‹

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mardi___ di laman sosial TikToknya, dia dilihat sedang menyakat seorang pakcik yang ketika itu sangat takut untuk divaksin di sebuah Pusat Penerimaan Vaksin.

 

Ketakutan yang dialami pakcik itu membuatkan dia bertindak menutup matanya menggunakan pelitup muka yang dipakai.

 

Menurut @mardi___, dia hanya ingin bergurau dengan pakcik tersebut tetapi tanpa disangka rupa-rupanya pakcik itu menangis selepas selesai divaksin.

 

โ€œDah gurau-gurau dengan dia tiba-tiba pula dia menangis lepas kita cucuk dia, aduh terus rasa sebersalahโ€ -@mardi____.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap mesra yang ditunjukkan jururawat itu dan ada juga yangย  geli hati melihat reaksi spontan penerima vaksin tersebut.

 

โ€œAlooo bagusnya petugas mesra terbaik.. aku dapat misi berlagak nak mampus. Misi je pun cakap berlagak senyum pun tak nak. Panas hati rasaโ€ -@mrboss882.

 

โ€œPetugas macam ni yang kita nak, murah senyum dan ramah. Semoga sis dimurahkan rezeki saya suka cara sis melayan orangโ€ -@mr_taka89.

 

โ€œHahaha dengan mata-mata pakai face mask, comel lahโ€ -@bukanikankering.

 

โ€œDia betul-betul takutโ€ -@shohidul178.

 

Sehingga kini video tersebut sudah meraih 838.2 Juta Tontonan dan 1711 Ribu komen di TikTok.

Post a Comment