Underrated! 6 Hidden Gems Malaysia Jarang Disebut, Rugi Tak Jumpa Awal-Awal
Di sebalik pelbagai keindahan tempat pelancongan terkenal di Malaysia, Maduners jangan tak tahu ada juga tempat-tempat underrated di Pulau Pinang yang boleh buatkan korang tergamam dengan tarikan yang ada di sana. Rugi ye kalau korang tak pernah jejak kaki di ‘hidden gems’ yang akan Anis senaraikan di bawah, mesti jatuh cinta!
1. Teluk Bahang, Pulau Pinang
Kalau berkunjung ke Teluk Bahang, jangan lupa singgah di ESCAPE Theme Park untuk bersuka ria dengan pelbagai aktiviti air dan permainan yang disediakan di sana. Buat pencinta sains alam semula jadi, Entopia Penang adalah tempat terbaik untuk korang! Dunia flora dan fauna ini menjadi ‘rumah’ kepada lebih 200 spesies flora dan 150 spesies fauna. Memang amat-amat dahsyat penangannya geng!
View this post on Instagram
Pernah terbayang tak terdapat hasil seni dipamerkan di tengah-tengah hutan atau dusun? Hanya terdapat di Art & Garden yang terletak di Teluk Bahang juga!
View this post on Instagram
Selain itu, korang juga boleh terokai satu lagi hidden gem yang tak ramai tahu termasuk penduduk tempatan iaitu Chin Farm Waterfall. Pemandangan di sana bukan sahaja menenangkan tetapi boleh buat korang lupakan seketika semua tekanan dan masalah korang.
View this post on Instagram
2. Seberang Perai, Pulau Pinang
Mungkin tak ramai yang tahu, di Seberang Perai terdapat beberapa hidden gem yang menarik untuk diterokai. Pertama sekali, untuk sampai ke Balik Pulau, korang perlu melalui Jambatan Pulau Pinang yang merupakan jambatan kedua terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan 13.5 kilometer! Pemandangan sepanjang beberapa minit atas jambatan ini memang tak menjemukan. Adrenalin teruja meningkat!
Tempat-tempat pemprosesan produk seperti Jeruk Madu Pak Ali, kilang memproses gamat dan belacan juga boleh dilawati jika berkunjung ke Seberang Perai. Bukan itu sahaja, tempat-tempat untuk ‘lari’ dari kesibukan bandar dan mencari ketenangan juga ada! Contohnya korang boleh terjah ke Empangan Mengkuang, Cherok Tokun, Pulau Aman, Kelip-Kelip Sungai Kerian atau Taman Burung. Back to nature gitcheww!
Cherok Tokun
Pulau Aman
3. Balik Pulau, Pulau Pinang
Dah cerita tentang seberang, kita cerita pula hidden gem di Balik Pulau! Mungkin tidak ramai yang tahu tapi, Balik Pulau terkenal dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati, aktiviti serta tempat makan best-best untuk dicuba. Kawasan ini juga antara tempat yang paling kurang sibuk di Penang. Tapi worry not! Kemudahan pelancongan seperti tempat penginapan, makan dan pengangkutan tak menjadi masalah.
Maka, korang boleh serbu tempat-tempat seperti Audi Dream Farm, Saanen Dairy Goat Farm, Container Art, Pantai Pasir Panjang, Countryside Stables dan lain-lain tanpa sebarang kerisauan okay? Kelia punya!
Antara semua hidden gems yang Anis senaraikan di atas, mana satu yang Maduners dah pernah sampai? Kalau pun dah pernah sampai, mesti tak rasa rugi untuk pergi berkali-kali kerana memang berbaloi!