Underrated Filem Tapi Pengiktirafan Level Antarabangsa! Jangan Pandang Rendah Dengan Hasil Anak Tempatan – Manis Madu
Underrated Filem Tapi Pengiktirafan Level Antarabangsa

Underrated Filem Tapi Pengiktirafan Level Antarabangsa! Jangan Pandang Rendah Dengan Hasil Anak Tempatan

Filem tempatan tidak berkualiti merupakan satu kenyataan yang melulu.

 

Jangan pandang rendah kerana ada yang berkualiti dan telah diberikan pengiktirafan antarabangsa.

 

Kali ini Alif akan kongsikan filem underrated Malaysia yang pernah menang anugerah di peringkat antarabangsa tapi kurang mendapat perhatian penonton terutamanya di Malaysia.

1. Crossroad: One Two Jaga

One Two Jaga

Sumber Gambar: www.imdb.com

Sebelum dapat ditayangkan di negara sendiri, ia sudah berjaya ditayangkan dibeberapa Festival Filem antarabangsa termasuklah pencalonan di New York Film Festival 2018.

Filem yang penuh dengan kontroversi suatu ketika dahulu kerana dikatakan memaparkan sisi gelap polis selain daripada korupsi dan salah guna kuasa.

 

Maduners yang ingin tonton filem ini boleh pergi ke Netflix.

2. Redha (Beautiful Pain)

Redha Beautiful Pain

Sumber Gambar: www.imdb.com

Diadaptasi daripada kisah benar yang memaparkan isu autism mengisahkan pasangan suami isteri yang bergelut membesarkan anak lelaki mereka yang menghidap autism.

Filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Namron, Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Susan Lankaster telah menerima Audience Choice Award di Luang Prabang Filem Festival 2017 di Laos.

3. Jagat

Jagat merupakan slang Bahasa Tamil yang berasal daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu jahat.  Filem yang memaparkan drama sosial serta isu-isu masyarakat yang mampu menarik minat penonton.

 

Filem ini berjaya merangkul Anugerah Filem Terbaik Malaysia dan Pengarah Terbaik semasa Festival Filem Malaysia yang ke-28.

4. Pekak

Pekak

Sumber Gambar: www.cinema.com.my

Demi mendapatkan semula pendengarannya, apa jua cara dilakukan demi mendapatkan wang sehinggalah bertemu dengan seorang gadis.

Antaranya Pelakon Terbaik (Zahiril Adzim) dan Skrip Terbaik (Khairul Azri Md Noor) di Russia’s International Motivational Film Festival-Bridge of Arts 2016 (IMFF).

5. The Journey

Mengisahkan seorang bapa yang membenarkan anak perempuannya untuk berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris. Tetapi dengan satu syarat yang perlu dituruti.

 

Walapun kurang mendapat sambutan penonton di Malaysia tetapi filem ini telah menang besar pada Festival Filem Malaysia ke-27.

Kalau nak ikutkan, ada banyak lagi filem tempatan yang mempunyai storyline yang menarik tetapi kurang mendapat sambutan.

 

Kalau bukan kita nak support filem tempatan, siapa lagi kan? Jadi jom kita sokong industri perfileman negara supaya berkembang setaraf dengan antarabangsa, Malaysia boleh!

Post a Comment