Uniform Anak-anak Kapal Air Asia Lain daripada yang Lain
Air Asia merupakan salah sebuah syarikat penerbangan yang disukai ramai disebabkan kosnya yang rendah. Oleh sebab wabak Covid-19 ni masih lagi merebak, Air Asia mengalami kesusahan dalam mengekalkan nama mereka.
Konklusinya, uniform baru telah diperkenalkan untuk anak-anak kapal bersiap sedia untuk berlepas semasa pandemik ini.
Uniform ini merupakan kolaborasi dengan seoarang pereka fesyen dari Filipina bernama Puey Quiñones. Menurut Instagram beliau, beliau telah bekerja keras dalam mereka uniform untuk pekerja hospital serta anak-anak kapal Air Asia.
Uniform baru ini ditukarkan kepada personal protective equipment yang menutupi dari kepala hingga ke kaki. Warna merah yang merupakan warna utama Air Asia, dikenakan dengan uniform ini sebagai simbol kebanggaan mereka.
Uniform ini secara rasmi dilancarkan pada 24 April 2020 semasa penerbangan dari Bangkok ke Manila dan telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Filipina. Oleh itu, semua anak-anak kapal disarankan untuk memakai uniform ini untuk penerbangan domestik serta penerbangan antarabangsa.
17 April 2020, Air Asia telah membuat pengumuman bahawa mereka akan meneruskan penerbangan domestik yang akan bermula di Malaysia pada 29 April, diikuti dengan Thailand pada pada 1 Mei, India 4 Mei, Indonesia 7 Mei dan Filipina 16 Mei.
Marilah kita sama-sama mendoakan para penumpang dan anak-anak kapal dari jangkitan wabak Covid-19 ini. Stay safe and be safe Maduners!
View this post on Instagram
The new normal. @airasiafilipino #airasia x PQ Thank you @sheilaromero8 for the trust:)