Uqasha Senrose Dilamar Kamal Adli, Kecoh Pentas AME 2020! – Manis Madu
Uqasha Senrose Dilamar Kamal Adli

Uqasha Senrose Dilamar Kamal Adli, Kecoh Pentas AME 2020!

Kamal Adli menggemuruhkan suasana pentas Anugerah Meletop Era (AME) 2020 apabila dengan beraninya melamar Uqasha Senrose!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Sambil melutut di hadapan pelakon wanita tersebut, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan sebentuk cincin di pentas ketika siaran langsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

 

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?” katanya.

 

Dengan kelihatan terkejut dengan aksi gandingannya dalam drama Perempuan Tanpa Dosa itu, Uqasha membalas:

 

“Awak promosi drama baharu kitakah?”

 

Kamal dengan gentlemen-nya lagi mengulang soalan tersebut sebelum Uqasha, 28, menjawab ‘yes’ yang kemudiannya mendapat sorakan yang amat gemuruh oleh penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Sebelumnya, hubungan baik pasangan selebriti ini dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun lalu berjaya menarik perhatian ramai.

 

Beberapa bulan lalu, Michael Ang, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, dengan secara tidak sengaja mengusik pasangan tersebut apabila bertanya kepada Kamal dan Uqasha apakah mereka mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, ketika penggambaran drama tersebut.

 

So sweet! Madu doakan mereka bahagia hingga ke Jannah!

Post a Comment