‘Valentine’s Day Tidak Pernah Dianjurkan Oleh Islam’, Isu Panas Tapi Sama Setiap Tahun Berkenaan Hari Valentine. – Manis Madu
Valentines Day Tidak Pernah Dianjurkan Oleh Islam

‘Valentine’s Day Tidak Pernah Dianjurkan Oleh Islam’, Isu Panas Tapi Sama Setiap Tahun Berkenaan Hari Valentine.

Masuk jerr bulan Februari, antara isu yang akan hangat diperdebatkan dalam media sosial adalah berkaitan Valentine.

Happy Valentines

Sebelah pihak dengan ideologi begini, satu pihak lagi dengan pendirian sendiri. Isu ini pada akhirnya akan beransur reda dan berulang lagi di tahun akan datang.

 

Isu tersebut tak lain tak bukan berkaitan hukum umat Islam menyambut Hari Valentine.

 

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, beliau berkata hukum sambutan Hari Valentine adalah dilarang sama sekali dan budaya tersebut adalah budaya masyarakat bukan Islam.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sumber Gambar: Instagram.com

“Kami cenderung menyatakan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan dalam Islam berdasarkan data-data yang jelas menunjukkan ianya membawa kepada budaya maksiat dan penzinaan di samping menyerupai budaya yang buruk, luar daripada ajaran Islam.

 

“Bahkan, hubungan luar nikah yang menjadi fokus utama bagi anak muda tatkala Hari Valentine turut ditegah oleh agama-agama lain yang wujud di Malaysia,” katanya.

 

Penjelasan beliau tentang isu ini dimuat naik dalam siri penjelasan isu semasa atau ‘bayan linnas’ di laman web rasminya.

 

Dalam penjelasan itu juga, Dr Zulkifli ada memetik keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 22 November 2005 berkaitan hukum orang Islam menyambut perayaan itu.

 

Ketika itu, katanya, muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

 

“Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun, tegas Dr Zulkifli, Islam sama sekali tidak melarang penzahiran kasih sayang namun jalan terbaik melalui perkahwinan.

 

Haa, kenyataan daripada mufti Madu rasa dah cukup valid menjelaskan tentang isu ini. Tak perlu dipanjangkan atau diperdebatkan lagi.

Post a Comment