Varian Alpha & Delta Melonjak Naik, Thailand Terpaksa Batal Pembukaan Semula Phuket, Koh Samui – Manis Madu
Varian Alpha & Delta Melonjak Naik, Thailand Terpaksa Batal Pembukaan Semula Phuket, Koh Samui

Varian Alpha & Delta Melonjak Naik, Thailand Terpaksa Batal Pembukaan Semula Phuket, Koh Samui

Situasi Covid-19 semakin memburuk bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Thailand.

 

Isnin lalu, Thailand menempatkan 10 juta orang di bawah kes terbaru Coronavirus. 

 

Kerajaan ini telah mencatat sejumlah 345, 000 kes dengan 2, 791 kematian dan sebahagian besar dari mereka datang dari gelombang terbaharu yang bermula pada bulan April.

 

Sehubungan dengan itu, gelombang ini juga dikatakan telah memusnahkan rancangan kerajaan untuk membawa pengunjung memasuki kepulauan, lapor SCMP.

 

Lonjakan kes varian Alpha dan Delta di wilayah Bangkok dan sempadan Deep South berhampiran Malaysia telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelancong.

Yanui Beach, Phuket, Thailand

Ramai yang menjangkakan virus tersebut akan menyebar ke seluruh pulau termasuk Phuket dan Koh Samui sedangkan ia baru sahaja dibuka.

 

Untuk pengetahuan Maduners, satu usaha yang dinamakan ‘sandbox’ telah mengalu-alukan sekitar 4, 000 pengunjung yang telah mendapat vaksin sejak 1 Julai lalu memasuki Phuket.

 

Namun, virus yang tiba-tiba kembali meluas ini merencatkan usaha berkenaan.

 

Pegawai kesihatan menjangkakan kematian akibat Coronavirus akan mencecah 100 orang sehari dengan 10, 000 jangkitan setiap hari.

 

Bukan sahaja seperti di Malaysia, keadaan di Bangkok juga hampir sama apabila para pesakit sudah terlampau banyak sehingga memenuhi bahagian luar hospital.

lockdown

Kini, ibu kota Thailand kembali berada dalam tempoh lockdown dan pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung semalam dengan menutup restoran, spa dan menyekat perjalanan.

 

Pada Jumaat juga semua sekolah di arah tutup selama dua minggu kerana jumlah kematian meningkat dengan drastik. 

 

Perkara ini juga dilakukan kerana Thailand bimbang negara mereka akan ‘diserang’ seperti Indonesia yang kini mencatat jumlah tertinggi di Asia Tenggara sebanyak 2.56 juta.

Post a Comment