Video Catwalk Raih Jutaan Tontonan, Ibu 3 Anak Gembira Beri Inspirasi! – Manis Madu
Noraini Ibrahim_Video Catwalk Raih Jutaan Tontonan

Video Catwalk Raih Jutaan Tontonan, Ibu 3 Anak Gembira Beri Inspirasi!

Melihat kepada gaya dan fesyen yang dikenakan wanita ini, siapa sangka usianya sudah menjangkau 40-an serta mempunyai tiga orang anak! Maka tidak hairan, bagaimana Noraini Ibrahim, 42, atau lebih mesra dengan panggilan Nani meraih lebih 120,000 pengikut di aplikasi TikTok!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nani (@nismyname99)

Gemar memuat naik seleksi fesyen setiap kali ke pejabat dengan gaya ‘effortless’ yang cukup menarik, video yang dihasilkan Nani sentiasa mencuri perhatian ramai. Malah ada daripada mereka menjadikan video-video berkenaan sebagai rujukan untuk memperagakan pakaian ke tempat kerja.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata yang berkhidmat di sebuah syarikat swasta di Cyberjaya itu mengakui dia sememangnya suka berfesyen.

 

“Saya sudah ada tiga anak. Anak pertama pun dah berusia 18 tahun. Itu yang membuatkan sesetengah orang kagum, tapi saya rasa biasa sahaja.

 

“Gaya saya memang macam tu dari zaman awal bekerja. Rakan-rakan sekerja pun tahu saya suka bergaya sebegitu. Bermula di Instagram sekitar dua tahun lepas, untuk rujukan kawan-kawan kerana mereka suka tanya inspirsasi fesyen sehingga munculnya hastag #nanilookbook.

 

“Di TikTok masih baru sangat. Saya suka sebab boleh masukkan lagu. Tak sangka pula jadi ‘boom’ macam ni,” ujarnya.

 

Sehubungan dengan itu, Nani meluahkan rasa syukur apabila video yang dihasilkan dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk tampil lebih bergaya.

 

“Pertama sekali, syukur Alhamdulillah sebab dapat bagi manfaat kepada orang di luar sana. Saya nak bagi perkara positif buat semua orang. Saya gembira dapat beri inspirasi kepada mereka untuk mula berfesyen,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Nani berkata dia tidak terlepas menerima soalan mengenai petua kecantikan memandangkan masih kelihatan anggun dan muda remaja di usia 40-an.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nani (@nismyname99)

“Saya nak cakap awet muda pun rasa malu. Diri kita yang nyata dengan dalam video tak sama. Ia dibantu dengan kamera dan pencahayaan…saya tak adalah muda sangat.

 

“Saya selalu kongsi amalan seperti jogging serta amalkan makan vitamin C. Yang penting kena sentiasa positif. Saya cuba elakkan benda negatif,”

 

Tambah Nani, salah satu video yang dikongsinya di TikTok pernah meraih sehingga 2.5 juta tontonan sebelum ini.

Post a Comment