Video Tahun Baru Cina Dari Watsons Memang Lain Dari Yang Lain – Manis Madu

Video Tahun Baru Cina Dari Watsons Memang Lain Dari Yang Lain

Pada tahun ini, Watsons melancarkan kempen 2020 #HappyBeautifulYear dengan rakan media, rakan niaga, Duta Watsons Jinnyboy dan Ayda Jebat dan rakan-rakan selebriti Watsons Amber Chia, Chan Fong, Chui Ling, Han Xiiao Aii, Wang Yi Fei dan barisan pelakon video #HappyBeautifulYear pada majlis yang gemilang.

Tahun Baru Cina adalah masa di mana nilai-nilai tradisi tidak sepatutnya dilupakan, dan adalah penting bahawa nilai-nilai ini harus berterusan hingga generasi akan mendatang. Jurang antara generasi adalah sangat biasa dan kita harus mengambil peluang ini untuk merapatkan jurang antara generasi ini dengan memahami dan menghormati perbezaan antara keduanya. Oleh itu, pembikinan video #HappyBeautifulYear 2020 untuk kempen tahun ini untuk mempromosikan pemahaman dan ikatan antara dua generasi dalam keluarga dengan menyampaikannya dalam gaya komedi dan muzikal dengan mesej yang tersirat. Menghidupkan tradisi dan menzahirkan peribadi terpuji adalah sangat penting sambil mengekalkan trend terkini. Kami percaya bahawa produk dan perkhidmatan kami adalah pemula bicara atau topik perbualan dengan rakan dan keluarga, kerana Watsons menawarkan pelbagai jenis produk yang berbeza untuk semua peringkat umur, kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Ms Caryn Loh – Managing Director of Watsons Malaysia officially launching the brand film for this year’s Chinese New Year campaign with the theme #HappyBeautifulYear, I’m the Trendiest.

Kepentingan mengeratkan jurang antara generasi

Video itu memperlihatkan kepentingan mengeratkan jurang antara generasi dalam kalangan keluarga pada Tahun Baru ini. Dengan mesej yang ringkas tetapi bermakna iaitu meneruskan tradisi, sambil mengekalkan trend terkini. Kisah ini juga menampilkan gaya dan penyanyi opera Cina yang menakjubkan. Ini sememangnya cara terbaik untuk memperkenalkan semula persembahan tradisional kepada generasi muda.

Video ini menampilkan barisan bintang ternama dari semua generasi untuk menyampaikan mesej, termasuk Han Xiiao Aii, Bernard Hiew, Pink Tan, Elyn Leong, Chan Fong, Chui Ling, Freddie Huang, Catz, Fiqrie, Mei Fen, Nithya dan banyak lagi. Ahli Watsons yang boleh mendapatkan buah tangan Tahun Baru Cina termasuk paket Watsons Ang Pow edisi terhad percuma dan ganjaran baucar hadiah RM388 dengan berbelanja minimum RM80 dan banyak hadiah lain yang menarik untuk dimenangi, semuanya bernilai lebih daripada RM2,888,888 , termasuk 118 peranti Samsung!

Ms Caryn Loh – Managing Director of Watsons Malaysia, Mr Danny Hoh – Customer Director of Watsons Malaysia, Watsons Ambassadors – Ayda Jebat and Jinnyboy together with Watsons HappyBeautifulYear brand film cast.

Jika anda seorang pakar swafoto, anda boleh menyertai pertandingan Swafoto AR #HappyBeautifulYear dan memenangi nilai mata Watsons bernilai RM8,888 (keseluruhan). Sementara ahli Watsons Elite akan berpeluang mendapatkan pinggan Yee Sang Watsons Edisi Terhad dengan pembelian minimum RM288.

Post a Comment