Viral: Bihun Goreng 12 Sudu Gula, Betul Ke Sedap? – Manis Madu
Viral Bihun Goreng 12 Sudu Gula, Betul Ke Sedap

Viral: Bihun Goreng 12 Sudu Gula, Betul Ke Sedap?

Baru-baru ini Madu dengar kecoh betul di media sosial dengan fenomena Bihun Goreng 12 Sudu Gula ya! Pelbagai reaksi warganet tentang fenomena ini, ada yang suka tidak kurang juga ada yang mempertikaikan resipi tersebut.

White sugar on a spoon

Untuk pengetahuan Maduners, resipi bihun ini memang berbeza dengan resipi bihun goreng sedia ada kerana ia memerlukan 12 sudu teh gula sebagai salah satu bahan masakan!

Berdasarkan pemerhatian Madu, ramai juga yang sudah mencuba resipi ini dan mereka mengatakan ianya sangat sedap! Ada juga yang claim, daripada tak pandai buat bihun goreng yang sedap tetapi apabila ikut sebiji-sebiji resipi ini confirm menjadi dan sedap.

Bihun 12 Sudu Gula_MA Mia
Bihun 12 Sudu Gula_Qiu Ieja

Maduners nak cuba tak? Jom ikut resipi di bawah.

 

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun (rendam air biasa)
  • Udang kering 1 paket kecil
  • Bawang rose 3 biji*
  • Cili kering 2 biji*
  • Belacan bakar (sedikit sahaja)*
  • Asam jawa (sebesar duit 20 sen)*
  • Gula (12 sudu teh)
  • Garam (½ sudu teh x 7)
  • MSG (2 sudu teh)
  • Serbuk kunyit (½ sudu teh)

 

Cara Penyediaan:

  • Bakar belacan dan kisar bahan yang bertanda * sampai hancur. Jangan gunakan air terlalu banyak.
  • Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan perasa. Tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru korang masukkan bihun.
  • Kacau bihun sampai sebati. Buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun yang tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
  • Jika dah masak, angkat dan siap untuk dihidang!

 

*tips nak tahu bihun dah masak dengan elok, kita akan nampak asap di permukaan bihun.

 

Mudah jerr kan nak buat Bihun Goreng 12 Sudu Gula ini kan? Paling penting, jangan derhaka resipi! Nanti tak menjadi pula. Selamat mencuba!

Sumber Gambar: Norzilawati, MA Mia, Qiu Ieja

Post a Comment