Viral! Rupanya Biji Durian Boleh Dijadikan Kerepek – Manis Madu
Rupanya Biji Durian Boleh Dijadikan Kerepek

Viral! Rupanya Biji Durian Boleh Dijadikan Kerepek

Terdapat banyak jenis durian dengan harga yang berbeza sampaikan ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit untuk sebiji durian. 

 

Melihat kepada situasi tersebut, ada baiknya jika kita dapat memanfaatkan setiap bahagian durian yang dibeli. 

 

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok ada berkongsikan cara untuk membuat kerepek menggunakan biji durian.

 

Berdasarkan perkongsian yang dibuat @finasquad01 di laman TikToknya, rasa kerepek biji durian ini dikatakan sangat sedap dan rangup selepas digoreng.

@finasquad01Reply to @aisykursaniempire lepasni jangan tah d buang biji duyan. Nyaman eh😋 #fyp #fypgakni #kedayan #sabahan #MYFoodie #resepikampung♬ bunyi asal – Fizol Zol🇲🇾

Cara untuk membuatnya kerepek biji durian ini adalah:

  • Basuhkan terlebih dahulu biji durian tersebut kemudian rendamkan semalaman supaya senang untuk membuka kulitnya.
  • Pada keesokan harinya barulah dikupas kulit dan dijemur seketika untuk menghilangkan lendir pada biji durian.
  • Bila dah agak kering barulah dipotong nipis-nipis biji durian tersebut dan jangan lupa untuk letak sedikit garam dan ajinomoto.
  • Langkah terakhir seperti biasa hanya tinggal panaskan kuali dan bersedia untuk digoreng sehingga warna kerepek tersebut bertukar menjadi ke kuning kuningan.

 

Perkongsian video dan resepi tersebut setakat ini telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 846.1 ribu dan 70.4 ribu tanda suka.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai di antara warganet berasa teruja dengan perkongsian baru yang dibuat dan tak lepas juga ada yang sempat melawak berkenaan kulit durian

SS_2_kulit durian boleh buat kasut bola

“kulit durian boleh buat kasut bola” – @izzue_don

SS_1_at least jimat sikit lagi duit beli durian mahal-mahal

“Yeahh at least jimat sikit lagi duit beli durian mahal-mahal, kalau kulit durian ada tips lagi kah supaya tidak dibuang begitu saja” – @jerukbambangan94

SS_3_Selama hidup baru tau biji durian boleh buat cam tu

“Selama hidup baru tau biji durian boleh buat cam tu. K lepas ni nak buat” – @sylvriant

 

“ Duri durian boleh jadi berus badan” – @mintaipeng

Post a Comment